Pekerja kontrak temui bom mortar di Terowong Menora

IPOH – Sebutir bom lama jenis ‘mortar’ ditemui di Kilometer 265 Lebuh Raya Utara -Selatan berhampiran Terowong Menora di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, maklumat awal penemuan bom berkenaan diterima sekitar jam 9.30 pagi daripada seorang pekerja kontrak yang menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Beliau berkata, pihak polis mengambil masa hampir sejam bagi memusnahkan bom lama jenis mortar berkenaan.

“”Pengadu yang berusia 51 tahun ketika itu sedang membersihkan pokok-pokok dan rumput di kawasan tersebut sebelum menjumpai sebutir bom.

“Sepasukan anggota polis termasuk dari Unit Pemusnah Bom (UPB) dikerahkan ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.,” katanya ketika dihubungi.

Kerja-kerja memusnahkan bom berkenaan dilakukan oleh pihak berkuasa dengan radius letupan sejauh 200 meter.

Sementara itu, Plus Malaysia Berhad (PLUS) menerusi aplikasi X memaklumkan penutupan sementara laluan Kuala Kangsar – Ipoh di kedua-dua arah pada jam 3.02 petang

Bagaimanapun laluan ke arah utara dbuka pada jam 3.15 petang manakala bagi laluan arah selatan pula pengguna di minta keluar di Plaza Tol Kuala Kangsar.

“Trafik arah utara dilencongkan ke Plaza Tol Ipoh Selatan manakala trafik arah selatan dilencongkan ke Plaza Tol Kuala Kangsar atas faktor keselamatan.

“Trafik kemudiannya kembali pulih pada jam 3.44 petang selepas semua lorong menuju ke selatan telah dibuka sepenuhnya kepada pengguna lebuh raya,” katanya. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI