Pekerja kontraktor jatuh lubang sembilan meter

SUNGAI SIPUT – Seorang pekerja kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) berdepan detik cemas apabila terjatuh ke dalam lubang sedalam sembilan meter di Ladang Kemuning, di sini, pada Khamis.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian pada jam 11.55 pagi.

Katanya, sejurus selepas itu sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput segera diatur gerak ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.

“Berdasarkan maklumat, lelaki berusia 29 tahun itu terjatuh ke dalam lubang yang terletak di atas bukit dengan anggaran ketinggian lima meter.

“Ketika tiba di lokasi, mangsa bagaimanapun telah dibawa naik oleh rakan-rakannya sebelum pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut Sabarodzi, hasil pemeriksaan terhadap lelaki itu mendapati mangsa berada dalam keadaan sedar dan tidak mengalami kecederaan serius, namun sakit pada bahagian pinggang.

“Mangsa diletakkan di atas pengusung dan dibawa turun sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut,” ujar beliau.

Operasi yang diketuai Ketua BBP Sungai Siput, Mohd Azhar Zam Hashari itu tamat pada jam 1.05 tengah hari. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

40 Pasukan Bomba Sukarela di Perak terima geran bantuan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI