Pekerja selenggara paip jatuh gaung 10 meter

GERIK – Seorang lelaki yang sedang menjalankan kerja menyelenggara paip di tepi jalan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Bintang Hijau Sungai Rui dekat sini terjatuh ke dalam gaung hampir 10 meter petang tadi.

Difahamkan, mangsa Mohd Khusyairi Mat Jazan berusia 38 tahun mengalami kecederaan pada tulang belakang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 1.12 petang.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan seramai 10 anggita dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, terdapat seorang mangsa yang sedang menjalankan kerja-kerja perpaipan di tepi jalan terjatuh ke dalam gaung berketinggian anggaran 30 kaki (9.1 meter).

“Anggota kemudiannya melaksanakan kerja-kerja penyelamatan dengan menggunakan pengusung dan tali seterusnya membawa mangsa yang cedera naik ke bahu jalan.

“Mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Zulhelmi Bahari tamat sepenuhnya pada jam 1.50 petang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Seorang wanita nyaris maut kereta jatuh gaung 10 meter

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI