Pelaburan emas tidak wujud. warga emas rugi RM6.22 juta

IPOH – Seorang warga emas terpaksa berputih mata apabila mengalami kerugian berjumlah RM6.22 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan emas yang tidak wujud di media sosial, dekat sini, pada Isnin.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima laporan polis berkenaan kejadian itu daripada mangsa berusia 61 tahun dan berasal dari Taman Rasi Jaya, dekat sini.

Katanya, hasil siasatan mendapati, wanita itu telah melayari satu laman pelaburan di laman sosial Facebook ketika berada di rumahnya di taman berkenaan, pada 14 Oktober lalu.

Menurut beliau, selepas menekan pautan kepada satu nombor telefon di aplikasi WhatsApp, suspek kemudian memasukan nombor telefon mangsa ke dalam satu kumpulan WhatsApp yang berbeza-beza, kononnya bagi tujuan pelaburan dalam pasaran emas.

“Sejak daripada itu, wanita itu telah memasukkan dana sebanyak 32 kali ke dalam 11 akuan yang berbeza dengan jumlah sebanyak RM6.22 juta.

“Namun, pada Isnin, apabila mangsa ingin mengeluarkan wang pelaburan sebanyak RM2.20 juta, suspek tidak membalas selain platform pelaburan yang didakwa itu tidak dapat diakses. Mangsa baru tersedar bahawa telah ditipu,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Justeru itu, Mohd Yusri mengingatkan agar masyarakat untuk sentiasa berwaspada terhadap tawaran pelaburan dalam platform media sosial, khususnya melalui skim dalam Facebook yang tidak diluluskan Bank Negara Malaysia (BNM) atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

“Dalam perkara ini, orang awam boleh menghubungi talian National Scam Response Centre (NSRC) 997 sekiranya menjadi mangsa penipuan terhadap pelaburan yang tidak wujud, dan baru sahaja membuat transaksi ke akaun keldai,” katanya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Juru Perunding berputih mata RM1.65 juta ditipu pelaburan kripto

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI