Pelajar universiti rugi RM115,786 ditipu ‘scammer’ menyamar wakil kedutaan China

TAIPING – Seorang pelajar universiti antarabangsa mengalami kerugian RM115,786 selepas terpedaya dengan penipuan panggilan telefon atau ‘phone scam’ yang menyamar sebagai wakil Kedutaan China, bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, wanita warga tempatan berusia 25 tahun itu tampil membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada jam 6.07 petang, Rabu lalu.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati mangsa telah menerima panggilan telefon daripada individu yang yang mendakwa daripada wakil kedutaan berkenaan, pada jam 1.04 tengah hari, 31 Januari.

Menurut beliau, individu berkenaan mendakwa nombor telefon wanita terbabit telah digunakan untuk membuka akaun bank yang terlibat dengan kegiatan penggubahan wang haram.

“Panggilan telefon mangsa kemudian kononnya disambung ke balai polis di China, sebelum wanita itu bercakap dengan individu yang mengaku sebagai anggota polis dan pendakwa raya.

“Mangsa yang ketakutan kemudian mengikut kesemua arahan suspek yang meminta dia menyerahkan segala maklumat berkaitan akaun bank, nombor kad pengenalan dan alamat kediaman.

“Seterusnya, mangsa diberitahu akaun bank miliknya akan disiasat sebelum diminta masukkan wang ke dalam lima akaun bank berbeza,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Menurut Mohamad Nasir, wanita itu telah memindahkan wang berjumlah RM115,786 kepada lima akaun bank berbeza antara 15 Januari sehingga 4 Februari lalu.

Kata beliau, mangsa kemudian telah diminta untuk ke balai polis berhampiran kononnya bagi mendapatkan surat pengesahan ‘proof of innocence’.

“Mangsa menyadari ditipu selepas datang ke balai polis kerana ingin bertanyakan tentang hal berkenaan,” katanya lagi.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan serta meminta orang ramai untuk tidak mudah terpedaya dengan sebarang panggilan dari nombor yang tidak dikenali. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

‘Scam’ boleh dorong masalah tekanan perasaan, kemurungan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI