Pelajar USAS menang tempat ketiga pidato IPT serantau

IPOH – Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Roselind Nadiera Talib dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga pertandingan Pidato Peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Serantau sempena Mahrajan Hafl Al-Takharruj 2024 di Bandar Seri Begawan, Brunei.

Pertandingan anjuran Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) berlangsung selama dua hari bertemakan “Maqasid Syariah Teras Matlamat Pembangunan Mampan” melibatkan 14 peserta IPT dari Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Roselind Nadiera yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah Gunaan USAS, membahaskan pidato bertajuk “Maqasid Syariah dan Lima Asasnya: Kunci Pembangunan Mampan dan Sejahtera”.

Kemenangan tempat ketiga itu melayakkan Roselind Nadiera menerima hadiah wang tunai sebanyak BND600 (RM1,931.39).

Pelajar USAS menang tempat ketiga pidato IPT serantau
Pemenang pertandingan Pidato Peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Serantau sempena Mahrajan Hafl Al-Takharruj 2024 di Bandar Seri Begawan, Brunei. Foto Ihsan USAS

Tempat pertama dimenangi oleh Mukhlisul Mubin Julasapiyah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan pidato bertajuk “Maqasid Syariah Melestari MADANI” manakala tempat kedua dianugerahkan kepada Najmi Adli Mustaffa dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan pidato bertajuk “Memaknai Nilai Manusiawi Dari Akar Islami”.

Tempat pertama menerima wang tunai BND1,000 (RM3,218.98) manakala tempat kedua menerima wang tunai BND800 (RM2,575.18). Kesemua pemenang turut menerima trofi dan sijil.

Hadiah telah disampaikan oleh Rektor UNISSA, Datuk Seri Setia Dr Nurarfan Zainal. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

152 pelajar tahfiz ‘fast track’ USAS cemerlang SPM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI