Pelawaan bekas ahli sertai semula UMNO langkah perkukuh parti

TAPAH – Pelawaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada ahli yang pernah dipecat atau digantung kembali menyertai parti disifatkan sebagai langkah positif dalam usaha memperkukuhkan organisasi tersebut.

Ketua Penerangan UMNO Bahagian Tapah, Dr Mohamad Yusri Bakir berkata, pelawaan itu dilihat berpotensi dalam memperkukuh parti serta memberi manfaat kepada kelangsungannya pada masa kini dan akan datang.

Menurutnya, perkara tersebut juga selari dengan kenyataan yang telah disuarakan oleh presiden parti sebelum ini.

“Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Presiden, ia merupakan satu perkara yang sangat baik untuk kekuatan, kebaikan serta keutuhan parti pada masa kini dan masa hadapan.

“Bagi UMNO, InshaAllah, kita akan sentiasa melakukan yang terbaik dengan strategi-strategi yang mantap bagi memastikan kita terus kekal relevan dan dominan sebagai pasukan yang membantu rakyat, khususnya di negeri Perak,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Program Meriah Beraya Sejahtera Bersama 2026 Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Dewan Serbaguna Kampung Tersusun Haji Tahir, Temoh di sini pada Ahad.

Sebelum ini, Ahmad Zahid mengumumkan langkah membuka pintu penyatuan tanpa syarat bagi mengajak bekas ahli yang pernah dipecat, digantung keahliannya yang berminat kembali menyertai perjuangan parti. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Zahid sahkan bertemu KJ

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI