Pemain bola sepak legenda Firos Mohamed meninggal dunia ketika perlawanan amal

IPOH – Bekas penjaga gol bola sepak Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53 tahun meninggal dunia selepas dilaporkan rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, malam tadi.

Penang FC dalam satu kenyataan di laman sosial rasminya telah mengesahkan perkara tersebut.

“Ahli Lembaga Pengarah dan seluruh warga kerja Penang FC mengucapkan salam takziah kepada keluarga bekas penjaga gol Pulau Pinang Firos Mohamed yang telah pulang ke rahmatullah.

“Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan beliau dalam kalangan orang yang beriman. Dari Allah kita datang, kepada-Nya kita kembali,” menurut kenyataan tersebut.

 

Terdahulu, beberapa video tular di media sosial memaparkan Firos rebah ketika beraksi menentang pasukan legenda dari Kedah.

Kejohanan tersebut menghimpunkan barisan legenda bola sepak dari empat negeri iaitu Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah.

Firos Mohamed dikenali sebagai antara penjaga gol terbaik Pulau Pinang dan negara pada era 1990-an.

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan bahawa Firos Mohamed meninggal dunia akibat serangan jantung.

Beliau berkata Allahyarham disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar KPJ Sri Manjung, dekat Lumut pada 10.23 malam.

Difahamkan, jenazah akan dibawa ke kampung halamannya di Pulau Pinang untuk dikebumikan.

— BERNAMA


IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI