Pemandu jengkaut maut insiden runtuhan tanah di Simpang Pulai

IPOH – Seorang pemandu jengkaut maut selepas tertimbus runtuhan tanah ketika sedang melakukan kerja-kerja pengorekan di lereng bukit di sebuah tapak kuari di Keramat Pulai, di Simpang Pulai, dekat sini, pada Isnin.

Lelaki warga emas berusia 60 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas ditemukan tersepit di dalam jentera berat itu.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 1.52 petang.

pemandu jengkaut maut kemalangan kuari Perak, runtuhan tanah Ipoh, tragedi jengkaut Simpang Pulai, berita kemalangan Perak, mangsa tertimbus tanah, bomba Perak, Keramat Pulai
Pasukan bomba membawa keluar seorang pemandu jengkaut yang ditemukan maut selepas tertimbus dalam runtuhan tanah ketika sedang melakukan kerja-kerja pengorekan tanah di lereng bukit di sebuah tapak kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai, Ipoh pada Isnin. Foto JBPM Perak

Katanya, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai kemudian diatur gerak ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan mengeluarkan mangsa daripada runtuhan tanah.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, didapati sebahagian tanah telah menimbus pada ruangan pemandu dan mengakibatkan mangsa tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya.

“Bantuan jengkaut yang lain digunakan bagi mengalihkan tanah yang menimbus jengkaut tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

pemandu jengkaut maut kemalangan kuari Perak, runtuhan tanah Ipoh, tragedi jengkaut Simpang Pulai, berita kemalangan Perak, mangsa tertimbus tanah, bomba Perak, Keramat Pulai
Pasukan bomba membawa keluar seorang pemandu jengkaut yang ditemukan maut selepas tertimbus dalam runtuhan tanah ketika sedang melakukan kerja-kerja pengorekan tanah di lereng bukit di sebuah tapak kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai, Ipoh pada Isnin. Foto JBPM Perak

Menurut beliau, selepas mangsa berjaya dibawa keluar dari bangkai jengkaut dan runtuhan tanah, pasukan bomba kemudian memberikan rawatan awal kepada warga emas terbabit.

Kata Shazlean, bagaimanapun lelaki itu tidak memberi sebarang tindak balas sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujar beliau.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK), Mohd Nafis Nazmi itu tamat pada jam 3.20 petang. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Runtuhan di puncak gunung punca kepala air di Slim River

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI