Pemandu jentolak didakwa rogol kekasih bawah umur hingga hamil

TELUK INTAN – Seorang pemandu jentolak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat atas pertuduhan merogol kekasihnya berusia 15 tahun sehingga mengandung tahun lalu.

Tertuduh, seorang lelaki berusia 19 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan  Majistret T Ashvinii.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah bilik hotel di sini sekitar jam 10.30 malam, 6 Mei 2023.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Izzudin Fakri Hamdan menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 berserta syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi sehingga kes selesai.

Sementara itu, peguam tertuduh, Farriz Minarwan memohon supaya jumlah jaminan minimum dikenakan kerana anak guamnya baru mendapat pekerjaan dua minggu lepas.

Beliau turut memaklumkan anak bongsu daripada lima adik beradik itu juga perlu menjaga ibunya memandangkan bapanya baru meninggal dunia.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM1,500 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak menganggu mangsa dan saksi sehingga selesai kes.

Kes disebut semula pada 15 Ogos depan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Penuntut IPT antara empat didakwa rogol, amang seksual remaja 14, 15 tahun

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI