Pemandu, kelindan cedera, lori muatan pasir terbabas

LENGGONG – Pemandu dan kelindan sebuah lori tiga tan yang membawa muatan pasir cedera dalam nahas yang berlaku di Jalan Sumpitan, di sini pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 3.37 petang.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong yang dikejarkan ke lokasi mendapati sebuah lori tiga tan membawa muatan pasir telah terbabas dan terbalik di bahu jalan.

“Terdapat dua lelaki iaitu pemandu lori berusia 28 tahun yang tersepit di bahagian pemandu manakala kelindan berusia 27 mengalami patah tangan.

“Tindakan ketua operasi membuat pemeriksaan (size-up) dan mengaplikasikan konsep SAVER (Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap) seterusnya mengarahkan anggota mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang cedera diserahkan kepada ambulan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya jam 4.50 petang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Nahas WCE: Kanak-Kanak tercampak keluar sebelum dilanggar kereta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI