Pemandu lori kurier tersepit di Lebuhraya PLUS

TAPAH – Seorang pemandu lori kurier cedera dan tersepit selepas kenderaan yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori 10 tan di Kilometer (KM) 350 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.03 pagi.

“Sejurus selepas itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor diatur gerak ke lokasi kejadian, kira-kira 12 kilometer dari balai,” katanya.

Menurut beliau, pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati seorang lelaki berusia 33 tahun tersepit di tempat duduk pemandu lori kurier.

“Pasukan bomba menggunakan peralatan hidraulik bagi menjalankan operasi menyelamat mangsa yang tersepit dalam kenderaan.

“Mangsa kemudian berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Isma Mohamad Ubaidullah Ahmad Rani itu tamat sepenuhnya pada jam 7.45 pagi. — MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pemandu wanita tersepit, kereta rempuh palang sebelum terbalik

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI