Pemandu lori langgar warga emas ada 100 rekod saman trafik

IPOH – Pemandu lori yang dipercayai melanggar seorang warga emas sehingga maut ketika mengundurkan kenderaannya di dalam kawasan sebuah kilang di Jalan Lahat – Simpang Pulai petang semalam mempunyai 100 rekod saman trafik termasuk tiga kesalahan kemalangan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, dalam kejadian sekitar jam 1.30 petang semalam, lelaki berusia 66 tahun yang merupakan pejalan kaki maut di lokasi kejadian.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan itu berlaku apabila pemandu berusia 44 tahun telah mengundurkan lori dan tidak mengetahui kedudukan mangsa yang berada di belakang kenderaan tersebut.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian dada dan perut manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa maut kemudiannya telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan berkaitan, Abang Zainal Abidin berkata, semakan rekod ke atas lori tersebut mendapati 10 saman terkumpul.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan,” ujarnya.

Beliau meminta saksi yang menyaksikan kemalangan tersebut supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Muhammad Syafiq Fauze di talian 013-671 3177 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Warga emas maut kemalangan setelah pulang mengaji

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI