Pemandu lori makanan sejuk beku maut, rempuh belakang treler

TAPAH – Seorang pemandu lori makanan sejuk beku maut selepas kenderaannya merempuh belakang sebuah treler di KM314.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pasukan bomba menerima panggilan berlakunya kemalangan jalan raya pada jam 6.06 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah tiba di lokasi pada jam 6.26 pagi dan mendapati terdapat kemalangan melibatkan dua buah lori.

“Setibanya dilokasi pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan melibatkan sebuah lori makanan sejuk beku yang melanggar bahagian belakang treler jenis Volvo.

“Mangsa pemandu lori makanan sejuk beku yang tidak dapat dikenal pasti identitinya telah tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, ketua operasi kemudiannnya mengaplikasikan konsep ‘saver’ dan seterusnya mengarahkan anggota mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat.

“Mangsa yang berjaya dikeluarkan kemudiannya diserahkan kepada pihak KKM dan polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi diketuai oleh PBK II (TBK), Mohd Nizam Mohd Akhir dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.24 pagi,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan: 

Penunggang motosikal maut selepas terbabas ke dalam longkang

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI