Pemandu lori tiga tan maut kemalangan

GOPENG – Seorang pemandu lori tiga tan maut selepas melanggar belakang sebuah lori lain dalam kemalangan di Kilometer 300.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 5.54 pagi.

Menurutnya, seramai 13 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng dan Tapah digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan tersebut.

“Ketika jentera tiba di lokasi kejadian kita mendapati seorang lelaki berusia 43 tahun iaitu pemandu lori tiga tan berada dalam keadaan tersepit.

“Anggota bertindak melaksanakan kerja-kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan menyelamat hidraulik sehingga mangsa berjaya dikeluarkan.

“Mangsa disahkan maut oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, operasi tamat sepenuhnya jam 7.55 pagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Wanita warga emas maut, kereta terbabas langgar pokok

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI