Pemandu lori warga asing sanggup tahan sakit, enggan ke hospital

IPOH – Seorang warga asing sanggup menahan kesakitan dan enggan dibawa ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan sebuah lori tiga tan dan treler di Jalan Kampung Kepayang Simpang Pulai di sini, pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 1.13 petang.

Pemandu lori warga asing sanggup tahan sakit, enggan ke hospital
Keadaan pemandu lori tiga tan iaitu seorang lelaki warga asing yang cedera dalam kemalangan di di Jalan Kampung Kepayang Simpang Pulai, Ipoh pada Jumaat. Foto ihsan JBPM Perak

Menurutnya, sejurus menerima panggilan, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai bergegas ke lokasi kejadian.

“Sewaktu tiba di lokasi terdapat seorang mangsa lelaki warga asing tersepit di bahagian pemandu lori tiga tan.

“Mangsa yang tersepit itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut kerana mangsa enggan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan bagi menunggu pihak syarikat tempat mangsa bekerja sampai ke tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Shahrizal Khassim tamat sepenuhnya jam 1.45 petang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Bas ekspres rempuh belakang lori, lima cedera

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI