Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya PLUS

TAPAH – Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya merempuh belakang lori lain dalam satu kemalangan di Kilometer 328 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, dekat sini, hari ini.

Mangsa maut dikenali sebagai Khairil Khaidir Rahman berusia 30-an berasal dari Tawau, Sabah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 12.19 tengah hari.

Menurutnya, sebaik jentera bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah tiba di lokasi, didapati kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori bonded melanggar bahagian belakang sebuah lori satu tan.

“Terdapat seorang mangsa tersepit iaitu seorang pemandu lori bonded tersebut,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya PLUS
Anggota bomba mengeluarkan pemandu lori yang dalam nahas membabitkan dua lori di Kilometer 328 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, dekat Tapah, hari ini. Foto ihsan JBPM PERAK

Beliau berkata, anggota bertindak melaksanakan kerja-kerja menyelamat menggunakan peralatan hidraulik bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Tambahnya, mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi tersebut terkawal sekitar jam 12.45 tengah hari dan tamat sepenuhnya kira-kira lima minit kemudian,“ ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Suami isteri maut, anak cedera nahas di Kuala Kurau

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI