Pemandu OKU hilang kawalan, Myvi ‘masuk’ restoran, dua cedera

TAIPING – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dipercayai hilang kawalan sebelum kereta dipandunya terbabas ke dalam sebuah restoran dan melanggar dua lelaki di Taman Kota Jaya, di sini, pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu jam 10 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping digerakkan ke lokasi sejurus panggilan diterima.

“Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu lelaki OKU berusia 69 tahun telah terbabas ke dalam sebuah restoran.

“Akibat kejadian itu, dua lelaki berusia lingkungan 50-an yang berada di restoran berkenaan mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam dari bawah kenderaan tersebut sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala, kaki dan tangan sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, operasi tamat sepenuhnya jam 10.30 pagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Dua kanak-kanak antara empat cedera kemalangan kereta bertembung van

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI