Pemandu pelancong ditimpa batu: Perak bentang laporan dalam MMK esok

PARIT BUNTAR – Kerajaan Negeri Perak telah menerima laporan lengkap berhubung insiden seorang pemandu pelancong maut ditimpa bongkah batu ketika mengunjungi sebuah kawasan pelancongan terkenal di Taman Saikat, Gunung Rapat, dekat sini.

Exco Pelancongan, Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri, Loh Sze Yee berkata, hasil siasatan berhubung laporan itu telah dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pembangunan Kawasan Gua dan Kaki Bukit Negeri pada Isnin.

Katanya, perkara itu juga rentetan lawatannya bersama pegawai kerajaan, agensi serta wakil rakyat setempat ke lokasi kejadian baru-baru ini.

pemandu pelancong maut ditimpa batu gunung rapat pelancongan exco perak Loh Sze Yee
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad (tengah) menyerahkan surat tawaran kepada penerima ketika hadir ke Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pinjaman Perumahan Perak Sejahtera (PPPS) di solar berskala besar (LSS4), Parit Buntar, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 APRIL 2024.

“Arahan ketika ini adalah kita minta untuk tempat pelancongan itu ditutup sehingga proses siasaatan selesai dijalankan.

“Dan, hasil siasatan atau laporan yang kita terima ini akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) (pada Rabu) untuk dibincangkan.

“Ia juga supaya kita dapat mengadakan syor-syor yang sesuai (rentetan insiden maut itu) untuk diumumkan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 50 Megawatt (MW) dan Penyerahan Surat Tawaran Pinjaman Perumahan Perak Sejahtera (PPPS) di sini, pada Selasa.

pemandu pelancong maut ditimpa batu gunung rapat pelancongan exco perak Loh Sze Yee
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad (lima, kiri) merasmikan Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 50 Megawatt (MW) di solar berskala besar (LSS4), Parit Buntar, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 APRIL 2024.

Majlis yang dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad itu turut dihadiri Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Zaki Mahyuddin serta Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Media sebelum ini melaporkan seorang pemandu pelancong maut ditimpa bongkah batu seberat lima kilogram (kg) ketika mengunjungi sebuah kawasan pelancongan di Gunung Rapat, 8 April lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dilaporkan berkata, laporan kejadian itu diterima sekitar jam 11.30 pagi melibatkan lelaki warga tempatan berusia 44 tahun.

Dalam pada itu, Sze Yee memberitahu punca kejadian terhadap insiden itu telah dikenal pasti namun beliau berkata ia akan dimaklumkan secara terperinci pada MMK esok.

“Susulan kejadian itu kita mahu memastikan tahap bahaya di kawasan-kawasan ekopelancongan di Perak ini, sama ada di laut atau gunung, dapat dikawal hingga ke tahap maksimum.

“Kita juga mahu memastikan syor yang akan diadakan melalui MMK pada Rabu dapat diguna pakai di semua kawasan tumpuan pelancong,” ujarnya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pemandu pelancong maut ditimpa bongkah batu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI