Pembaharuan RPT: Sasar 1,000 unit Rumah Ibu bina setiap tahun

IPOH – Sebanyak 1,000 unit kediaman baharu disasarkan dibina setiap tahun di bawah Inisiatif Pembaharuan Semula Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) di negeri Perak menerusi pelaksanaan Skim Rumah Ibu.

Pengasas merangkap Presiden Rumah Ibu Sdn Bhd, Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh berkata, inisiatif tersebut memberi peluang kepada pemilik tanah lot RPT untuk membina rumah di atas tanah milik mereka dengan harga bermula RM98,000 sehingga RM238,000 seunit.

1,000 Unit Rumah Ibu RPT Perak Skim Rumah Ibu, rumah mampu milik Perak, Rancangan Perkampungan Tersusun Perak, pembinaan rumah baharu Perak, inisiatif perumahan negeri, Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh
Presiden Rumah Ibu Sdn Bhd, Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh menyantuni peserta pada Majlis Peluncuran Inisiatif Pembaharuan Semula Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) di Hotel Seri Malaysia, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 06 SEPTEMBER 2025.

Katanya, pelaksanaan skim itu tidak hanya menumpukan kepada pembinaan rumah, sebaliknya ia turut melibatkan khidmat menyeluruh termasuk urusan kelulusan pelan, bantuan pembiayaan melalui institusi kewangan, dan kaedah pembiayaan sewa beli atau ‘rent to own’.

“Ketika ini agak sukar untuk orang ramai mendapatkan rumah sebuah seperti banglo atau lot tanah untuk dibina rumah sedemikian kerana harga terlalu tinggi dalam pasaran.

“Justeru pemilik tanah lot yang menyertai Skim Rumah Ibu ini bukan sahaja memperoleh tempat berteduh, malah dapat menambah nilai hartanah masing-masing.

“Kita menyasarkan pembinaan 6,995 unit rumah di 66 kawasan RPT di seluruh Perak dalam tempoh lima tahun akan datang. Dengan itu, sasaran kita adalah 1,000 unit rumah setiap tahun,” katanya.

1,000 Unit Rumah Ibu RPT Perak Skim Rumah Ibu, rumah mampu milik Perak, Rancangan Perkampungan Tersusun Perak, pembinaan rumah baharu Perak, inisiatif perumahan negeri, Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh
Penolong Pegawai Daerah Perak Tengah, Nur Fatin Nabilah Mohd Azami meluncurkan Inisiatif Pembaharuan Semula Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) di Hotel Seri Malaysia, Ipoh.
Turut sama, Presiden Rumah Ibu Sdn Bhd, Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh. Foto ABDULLAH YUSOF, 06 SEPTEMBER 2025.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Peluncuran Inisiatif Pembaharuan Semula RPT di Hotel Seri Malaysia di sini, pada Sabtu.

Kata beliau, sejak dilancarkan pada Februari tahun lalu, sebanyak 244 pemilik tanah lot di RPT Bukit Kinding di Tambun dan RPT Bemban di Batu Gajah telah berdaftar di bawah Skim Rumah Ibu.

“Selepas ini, tumpuan akan diberikan kepada kawasan lain termasuk RPT di Pantai Remis, Kampar dan Tapah.

“Selain itu kami juga akan melaksanakan Jelajah RPT di seluruh Perak bermula hujung September bagi menemui pemilik tanah lot dan mendaftarkan penyertaan mereka di bawah skim kini,” katanya lagi.

Presiden Rumah Ibu Sdn Bhd, Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh pada sidang media Majlis Peluncuran Inisiatif Pembaharuan Semula Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) di Hotel Seri Malaysia, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 06 SEPTEMBER 2025.

Mengulas lanjut Kamarul berkata, dengan purata harga sekitar RM140,000 seunit, menerusi sasaran pembinaan 1,000 unit rumah setahun dijangka menjana nilai pembangunan kasar mencecah RM140 juta.

“Selain daripada tempat berteduh, membina rumah di atas tanah sendiri juga boleh menjadi salah satu sumber pendapatan kepada pemilik melalui kaedah sewaan dan sebagainya,” jelas beliau.

Selain itu kata beliau, Skim Rumah Ibu menawarkan lapan model kediaman termasuk rumah mampu milik iaitu Rumah Ibu model Fusion yang berharga RM98,000, berkeluasan lantai 540 kaki persegi dengan dua bilik tidur dan satu bilik air.

Ujar Kamarul, purata masa bagi menyiapkan rumah adalah antara empat hingga enam bulan bergantung model, lokasi, faktor cuaca serta kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT). – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Nenek syukur rumah tinggalan suami dicat baru

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI