Pembangkang hargai keprihatinan kepada rakyat dalam Belanjawan Perak 2025

IPOH – Pembentangan Belanjawan Perak 2025 hari ini mendapat reaksi positif dalam kalangan wakil rakyat pembangkang.

Belanjawan yang berjumlah hampir RM1.52 bilion adalah yang tertinggi dalam sejarah dengan anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM981.8 juta dan pembangunan RM538 juta.

Pembangkang beri reaksi positif terhadap Belanjawan Perak 2025
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunong Semanggol merangkap Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria menjawab pertanyaan media berhubung pembentangan Belanjawan Perak 2025 oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 NOVEMBER 2024.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Razman Zakaria berkata, kerajaan negeri dilihat telah berusaha melaksanakan yang terbaik untuk semua pihak pada pembentangan belanjawan kali ini.

“Dalam bajet ini pegawai kewangan negeri dan kakitangan kerajaan telah melihat semua aspek dan mereka cuba buat yang terbaik.

“Kami akan memainkan peranan sebagai pihak pembangkang untuk membangkitkan pada sesi perbahasan jika ada perkara-perkara yang boleh ditambah baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung Belanjawan Perak 2025 yang dibentangkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Yang ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Jumaat.

Pembangkang beri reaksi positif terhadap Belanjawan Perak 2025
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin menjawab pertanyaan media berhubung pembentangan Belanjawan Perak 2025 oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 NOVEMBER 2024.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin pula berpendapat, pembentangan belanjawan pada kali ini menunjukkan potensi dan perkembangan yang baik.

“Tahniah kepada Menteri Besar di atas pembentangan bajet kali ini. Kita nampak ada banyak penambahan dari segi peruntukan untuk segmen tertentu bagi beberapa segmen yang difikirkan mustahak terutamanya segmen berkaitan masyarakat dan rakyat.

“Saya ambil contoh paling mudah bila kita mengalami musibah (banjir), ini antara yang perlu diberi perhatian khususnya seperti Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) dan projek tebatan banjir

“Begitu juga dengan isu infra dalam kalangan masyarakat luar bandar, khususnya di kawasan saya ada Orang Asli yang perlu juga dilihat bukan setakat (menambah baik) infra malah meningkatkan pendapatan dan menjana ekonomi (mereka),” ujarnya.

Beliau berkata, pada sesi perbahasan pembangkang akan membangkitkan isu yang boleh dikongsi dan mereka akan menyokong dasar yang membawa segala kebaikan kepada rakyat di negeri ini.

Pembangkang beri reaksi positif terhadap Belanjawan Perak 2025
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohd Hafez Sabri menjawab pertanyaan media berhubung pembentangan Belanjawan Perak 2025 oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 NOVEMBER 2024.

Sementara itu, ADUN Manjoi, Mohd Hafez Sabri berharap segala perkara yang diumumkan pada pembentangan belanjawan tersebut akan sampai kepada rakyat.

“Alhamdullillah keseluruhan bajet ini baik untuk rakyat dan masyarakat di Perak dan terima kasih diucapkan kepada Menteri Besar.

“Apa yang penting dan disebut dalam dewan pada hari ini mesti dikembalikan semula kepada rakyat. InsyaALLAH.

“Perkara yang saya lihat banyak pengumuman besar dan penting. Walau apapun pengumuman tersebut, kita akan pantau dan melihat sama ada segala pengumuman (belanjawan) itu sampai kepada rakyat ataupun tidak.

“Itulah tugas kita (sebagai wakil rakyat) supaya belanjawan ini dapat diagihkan dengan baik, sempurna sampai kepada sasaran,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2025: RM1.52 bilion tertinggi dalam sejarah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI