Pembangunan belia harus berpaksi realiti sebenar anak muda- MBM

KUALA LUMPUR – Pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang baharu hadir ketika belia di negara ini berdepan cabaran besar termasuk kos sara hidup, kebolehpasaran graduan, perubahan dunia kerja dan isu kesejahteraan mental.

Sehubungan itu, Majlis Belia Malaysia (MBM) berharap kempimpinan baharu KBS dapat memastikan agenda pembangunan belia kekal relevan.

Presidennya Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata, agenda itu juga harus berpaksikan realiti sebenar anak muda serta berteraskan dasar berasaskan data dan suara akar umbi.

“MBM menegaskan keperluan untuk memperkukuh peranan pertubuhan belia sebagai rakan strategik kerajaan dengan penekanan kepada agenda ekonomi belia, pekerjaan bermaruah dan pembangunan yang inklusif merangkumi semua lapisan belia,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perubahan kepimpinan KBS dengan melantik Dr. Mohammed Taufiq Johari sebagai Menteri Belia dan Sukan serta Mordi anak Bimol sebagai timbalannya.

Tambah Mohd Izzat, MBM kekal komited untuk menjadi rakan kolaborasi yang kritikal tetapi konstruktif demi memastikan kepentingan belia terus dipelihara. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI