Pembantu kedai runcit didenda RM7,000 mengaku salah cabul pelancong asing

IPOH – Seorang pembantu kedai runcit didenda RM7,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh, pada Selasa atas pertuduhan mencabul seorang pelancong wanita warga Sepanyol dan memiliki video lucah, di sini.

Tertuduh, Muhammad Aiman Danial Mohd Najib, 22, membuat pengakuan berkenaan ketika kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan wanita terbabit di Lorong Seni atau Lorong Panglima berhampiran dengan Masjid Sultan Idris Shah II, di sini, pada jam 7 petang, Rabu minggu lalu.

cabul pembantu kedai pelancong lelaki mahkamah majistret ipoh perak pelancong wanita cabul pembantu kedai pelancong lelaki mahkamah majistret ipoh perak pelancong wanita
Seorang pembantu kedai, Muhammad Aiman Danial, 22, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan mencabul seorang pelancong wanita warga Sepanyol dan memiliki video lucah, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 30 JANUARI 2024.

Dia telah didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda sehingga 10 tahun, denda, sebat atau dengan mana-mana daripada hukuman tersebut.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh telah didapati memiliki video lucah pada telefon bimbit miliknya, pada jam 6 petang, di tepi Jalan CM Yusuf, Khamis lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda atau dengan kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqilah Syaza Ariffin sementara tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Robert Gnanarajan.

Terdahulu, Robert meminta agar hukuman minimum dikenakan kerana anak guamnya itu hanya bekerja di kedai runcit dengan pendapatan harian sekitar RM50 selain mengakui atas kesalahan yang dilakukan.

Nur Aqilah Syaza bagaimanapun, memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap lelaki itu selepas mengambil kira kesan emosi terhadap mangsa.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan RM2,000 bagi setiap pertuduhan selain dikenakan hukuman penjara dua bulan sekiranya tertuduh gagal membayar kedua-dua denda berkenaan.

cabul pembantu kedai pelancong lelaki mahkamah majistret ipoh perak pelancong wanita cabul pembantu kedai pelancong lelaki mahkamah majistret ipoh perak pelancong wanita
Seorang pembantu kedai, Muhammad Aiman Danial, 22, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan mencabul seorang pelancong wanita warga Sepanyol dan memiliki video lucah, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 30 JANUARI 2024.

Menurut fakta kes, mangsa dan rakan perempuannya telah diekori oleh suspek sehingga ke lokasi kejadian sebelum lelaki terbabit meminta untuk mengambil gambar bersama rakan mangsa.

Lelaki itu yang kemudiannya bergambar dengan mangsa, telah memeluk erat bahu wanita tersebut sebelum bertindak meramas dada mangsa.

Mangsa yang terkejut telah menolak suspek dan menjerit, menyebabkan lelaki itu terus melarikan diri.

Namun ketika kejadian itu, rakan mangsa sempat merakam gambar suspek. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Penolong Pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI