Pembantu rumah Indonesia terjatuh dalam sungai semasa larikan diri dari majikan

KLUANG – Pembantu rumah Indonesia cedera semasa melarikan diri selepas terjatuh ke dalam sungai berdekatan Stay Inn Hotel, Simpang Renggam dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Moh Noh berkata, anggota Balai Polis Simpang Renggam menerima maklumat kejadian itu pukul 8.47 pagi semalam.

Susulan itu katanya, anggota balai polis berkenaan sampai ke tempat kejadian pukul 9.30 pagi dan menemukan mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kaki.

“Mangsa bernama Astuti yang berketurunan Jawa berusia 47 tahun dihantar dengan ambulans ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati pembantu rumah berkenaan menyatakan telah keluar dari rumah majikannya untuk melarikan diri kerana tidak mahu bekerja lagi sebagai pembantu rumah.

Menurutnya, mangsa melarikan diri melalui satu jambatan kecil berdekatan Stay Inn Hotel.

“Semasa berjalan untuk meniti di atas jambatan, mangsa tergelincir dan menyebabkan dia terjatuh ke bawah lalu mengalami kecederaan.

“Ketinggian jambatan kira-kira 5 meter dari sungai kecil. Mangsa keluar dari rumah majikannya kerana sudah tidak mahu bekerja lagi.

“Mangsa juga menyatakan tidak pernah dicederakan oleh majikannya dan baru sahaja bekerja lebih kurang seminggu,” ujarnya.

Siasatan awal katanya, mendapati mangsa mempunyai pasport dan permit yang sah bekerja sebagai pembantu rumah dan pasport asal ada bersama-sama wanita berkenaan.

Tambahnya, agen mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan akan menguruskan rawatan mangsa.

“Tiada sebarang unsur kesalahan jenayah terkesan dalam kejadian yang berlaku ke atas mangsa,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI