Pembinaan Lebuh Raya WISE Gopeng-Kuala Kangsar dijangka Jun

IPOH – Kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE) yang melibatkan laluan jajaran antara Gopeng dan Kuala Kangsar dijangka bermula seawal Jun depan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, projek tersebut kini di fasa akhir melibatkan urusan semakan semua draf perjanjian antara syarikat konsesi dengan Kerajaan Persekutuan sebelum ia dapat ditandatangani.

Menteri besar perak saarani Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway WISE gopeng kuala kangsar ipoh islam perak koperasi pelabur pelaburan nadir bumi korea selatan mangnet kerajaan negeri perak REE
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (tengah) pada sidang media majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-27 Koperasi Masjid Perak Berhad (KOMAS) di Dewan Tun Abdul Razak, Persekutuan Seruan Islam Perak, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 MAY 2024.

“Saya difahamkan ketika ini ia (draf Perjanjian Konsesi (CA)) berada pada Pejabat Peguam Negara.

“Apabila ia dipersetujui, maka CA akan ditandatangani sebelum syarikat konsesi dapat menjalankan kerja-kerja pembinaan lebuh raya berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-27 Koperasi Masjid Perak Berhad (KOMAS) di Dewan Tun Abdul Razak, Persekutuan Seruan Islam Perak, dekat sini, pada Ahad.

Menteri besar perak saarani Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway WISE gopeng kuala kangsar ipoh islam perak koperasi pelabur pelaburan nadir bumi korea selatan mangnet kerajaan negeri perak REE
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (kiri) ketika hadir pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-27 Koperasi Masjid Perak Berhad (KOMAS) di Dewan Tun Abdul Razak, Persekutuan Seruan Islam Perak, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 MAY 2024.

Hadir sama, Setiausaha KOMAS, Dr Abdul Razak Nordin serta Imam Besar Masjid Negeri Perak Masjid Sultan Idris Shah II, Abd Farid Salleh.

Sebelum ini media melaporkan Kerajaan Persekutuan dalam usaha untuk mempercepatkan pembinaan WISE sebagai langkah mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) khususnya yang melibatkan laluan di Terowong Menora.

Lebuh raya sepanjang 60 kilometer (km) itu dilaporkan bakal dilengkapi dengan tiga lorong dua hala dengan laluannya bermula di Gopeng melalui Batu Gajah, Siputeh, Manong, Tronoh, Beko, Seri Iskandar dan seterusnya Kuala Kangsar.

Menteri besar perak saarani Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway WISE gopeng kuala kangsar ipoh islam perak koperasi pelabur pelaburan nadir bumi korea selatan mangnet kerajaan negeri perak REE
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (kiri) pada sidang media majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-27 Koperasi Masjid Perak Berhad (KOMAS) di Dewan Tun Abdul Razak, Persekutuan Seruan Islam Perak, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 MAY 2024.

Dalam perkembangan berasingan, Saarani memberitahu wakil-wakil syarikat terkemuka Korea Selatan, Star Group Industries (SGI) telah mengadakan lawatan tapak ke beberapa kawasan di Perak bagi membuka kilang penghasilan magnet, baru-baru ini.

Beliau berkata, syarikat yang berpengalaman dalam penghasilan produk hiliran unsur nadir bumi (REE) itu dibawa ke kawasan termasuk Kamunting di Kerian, Bandariang di Gerik serta Silver Valley Technology Park (SVTP) di sini.

“Kita maklumkan kepada mereka bahawa Perak ini mempunyai mineral termasuk unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE). Kita berjaya meyakinkan mereka, mereka datang ke Perak dan mereka sahkan ia benar.

“Kemudian kita bawa mereka ke beberapa lokasi yang dirasakan sesuai untuk dibangunkan sebuah kilang menghasilkan magnet. Mereka gembira (menunjukkan reaksi positif) dan saya yakin, mereka akan melabur di sini,” jelasnya.

Sebelum ini media melaporkan, Saarani mengetuai Delegasi Kerajaan Negeri Perak telah mengadakan lawatan kerja lapan hari ke Korea Selatan bertujuan menarik minat syarikat di negara itu untuk melabur di Perak khususnya dalam industri mineral, pada April. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kerajaan percepatkan pembinaan Lebuhraya WISE – Alexander

Lawatan ke Korea Selatan tarik minat pelabur dalam industri mineral di Perak –  Saarani

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI