Pembunuhan Nur Farah Kartini: Polis selesai ambil keterangan pekerja kebun ubi

KUALA LUMPUR – Polis telah selesai mengambil keterangan beberapa pekerja sebuah kebun ubi di Slim River, Perak semalam bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, yang mayatnya ditemukan di Hulu Selangor Isnin lepas.

Menurut sumber, soal siasat polis mendapati suspek telah pergi ke kebun tersebut serta beberapa lokasi lain sebelum kejadian, dan petang semalam polis telah ke kebun ubi di Kampung Klan Halt itu bagi tujuan siasatan.

“Polis pergi ke kebun berkenaan bersama suspek semalam dan mengambil keterangan beberapa pekerja kebun warga tempatan dan asing bagi membantu siasatan,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama hari ini.

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor kira-kira pukul 6 petang pada 15 Julai lepas.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Perak ditahan dan direman hingga Isnin ini untuk membantu siasatan kes terbabit, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

— BERNAMA

 


IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI