Pemilihan PKR telus, tidak pertahan kelompok tertentu – Kamil Munim

PADANG RENGAS – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim menyangkal kenyataan Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli yang mendakwa wujud masalah dalam pemilihan parti tahun lalu.

Muhammad Kamil yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan berkata, sebaliknya meskipun wujud beberapa kekurangan daripada sudut perjalanan pemilihan parti namun ia berjalan dalam keadaan baik.

“Saya rasa itu adalah pandangan peribadi beliau (Rafizi), tetapi faktanya kita lihat bahawa sistem pemilihan tahun lalu, daripada sudut pengurusan, ia jauh lebih baik jika dibandingkan dengan siri pemilihan sebelum ini.

“Walaupun kita lihat ada sedikit sebanyak kekurangan termasuk beberapa kekecohan yang berlaku, tetapi ia berjalan dengan baik.

“Oleh itu, saya tidak fikir bahawa sistem (pemilihan PKR) itu diwujudkan untuk mempertahankan kelompok yang tertentu (dalam parti),” katanya.

pemilihan PKR telus pemilihan PKR 2024 Muhammad Kamil Abdul Munim Rafizi Ramli PKR krisis dalaman PKR AMK PKR Padang Rengas
Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim bergambar bersama pelajar sekolah pada majlis penyampaian Sumbangan Kasih MADANI Kembali Ke Sekolah 2026 Parlimen Padang Rengas di Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas hari ini. Foto ABDULLAH YUSOF, 03 JANUARI 2026.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Sumbangan Kasih MADANI Kembali Ke Sekolah Parlimen Padang Rengas di Taman Puncak Bougainvillea, dekat sini, pada Sabtu.

Pada program, beliau menyampaikan bantuan awal persekolahan bagi sesi tahun ini kepada 500 pelajar membabitkan peruntukan RM500,000 bagi kawasan Parlimen Padang Rengas.

Media pada Jumaat melaporkan, Rafizi mendedahkan bahawa peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Ekonomi sebelum ini disebabkan kekecewaan terhadap budaya kepimpinan parti.

Menerusi audio siar Yang Bakar Menteri, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, sistem parti berkenaan disifatkan sebagai mempertahankan kepimpinan atasan sehingga menjejaskan atau ‘memangsakan’ orang bawah di akar umbi.

Mengulas lanjut Muhammad Kamil berkata, pada ketika ini semua pihak khususnya anggota PKR disaran untuk bergerak ke hadapan dan fokus kepada gerak kerja membina kekuatan parti untuk pilihan raya yang akan datang.

pemilihan PKR telus pemilihan PKR 2024 Muhammad Kamil Abdul Munim Rafizi Ramli PKR krisis dalaman PKR AMK PKR Padang Rengas
Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim pada sidang media majlis penyampaian Sumbangan Kasih MADANI Kembali Ke Sekolah 2026 Parlimen Padang Rengas di Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas hari ini. Foto ABDULLAH YUSOF, 03 JANUARI 2026.

Malah kata beliau, setiap perkara telah dibawa dalam perbincangan menerusi mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sebelum diputuskan dan dipersetujui bersama untuk dilaksanakan.

“Sistem (pemilihan parti) telus malah kita telah melaksanakan audit dalaman sebagaimana yang dituntut.

“Tidak timbul soal langgar itu, langgar ini. Semua keputusan dibuat secara bersama di dalam mesyuarat MPP PKR.

“Dan seharusnya kita fokus kepada gerak kerja, ‘move on’ pada pasca gencatan (pemilihan parti) dan bina semula kekuatan parti,” ujarnya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

PKR tak dibina dengan menutup mulut – Rafizi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI