Pemilik Mydin Manjoi diminta lakukan penilaian risiko – Bomba

BATU GAJAH – Pemilik premis Mydin Manjoi disaran untuk mengadakan penilaian risiko keselamatan bangunan pasar raya besar itu susulan insiden dua remaja cedera selepas terkena serpihan runtuhan pada Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, justeru itu, pihak berkenaan diminta untuk mengadakan sesi libat urus dengan tenaga pakar seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mengelakkan insiden itu berulang.

Jelasnya, penilaian risiko penting kerana lazimnya bangunan yang mengalami kebakaran besar akan menerima kesan keretakan serius dan mengundang risiko runtuhan.

Mydin manjoi bomba JBPM Perak Sayani penilaian risiko keselamatan bangunan pasar raya besar serpihan runtuhan
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang berusaha mengawal kebakaran yang berlaku di Mydin Manjoi, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 10 MAC 2024.

“Mungkin struktur yang jatuh itu sebelum ini masih kuat, namun saya difahamkan pihak Mydin sedang dalam proses untuk membina bangunan pasar raya itu semula, akan tetapi ia mengambil sedikit masa.

“Pada pihak bomba, kami hanya terlibat dalam proses pemadaman dan penyiasatan insiden kebakaran. Kini, bangunan itu kita telah serahkan kepada pemiliknya, dan ia menjadi tanggungjawab kepada Mydin untuk memastikan kawasan itu selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Utara, Tronoh, dekat sini pada Selasa.

Majlis disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Mydin manjoi bomba JBPM Perak Sayani penilaian risiko keselamatan bangunan pasar raya besar serpihan runtuhan
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenaan memeriksa perbarisan kawalan kehormatan pada majlis perasmian Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Utara, Tronoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 JULAI 2024.

Dalam pada itu Sayani meminta agar orang awam untuk tidak menghampiri kawasan bangunan pasar raya itu buat masa ini kerana dikhuatiri terdapat sisa bangunan lain yang akan mengalami runtuhan dan seterusnya mendatangkan kecederaan.

“Kita pun tahu pihak Mydin telah menutup kawasan bangunan pasar raya itu daripada diceroboh orang awam. Walau bagaimanapun, runtuhan struktur bangunan itu boleh berlaku (pada bila-bila masa, susulan insiden runtuhan pada Isnin).

“Jadi, saya menasihatkan kepada orang ramai untuk tidak berada hampir dengan kawasan tersebut kerana dikhuatiri akan berlaku lagi runtuhan sisa struktur bangunan,” katanya lagi.

Mydin manjoi bomba JBPM Perak Sayani penilaian risiko keselamatan bangunan pasar raya besar serpihan runtuhan
Anggota bomba sedang mengalihkan batu bata dinding pasar raya Mydin Manjoi yang menghalang laluan. Foto ihsan JBPM Perak

Semalam media melaporkan, dua remaja lelaki cedera ringan terkena serpihan batu bata selepas dinding sebelah kanan bangunan pasar raya besar Mydin Manjoi runtuh.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad dilaporkan berkata, ketika kejadian, dua mangsa terbabit sedang menaiki motosikal melalui kawasan berkenaan dan runtuhan tersebut mengenai mereka.

Pada 10 Mac lalu, pasar raya itu dilaporkan terbakar dan tiada mangsa terlibat dalam kejadian dengan jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM50 juta. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Dua remaja cedera selepas dinding Mydin Manjoi runtuh

Mydin Manjoi terbakar: Nilai kerugian dianggarkan RM50 juta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI