Pemuda Pas Perak wujud pasukan khas pantau bendera terbalik

IPOH – Pemuda Pas Perak mewujudkan satu pasukan khas bagi memantau pemasangan Jalur Gemilang supaya tiada pihak yang bertindak memasangnya secara terbalik sepanjang bulan kemerdekaan.

Ketuanya, Mohd Hafez Sabri berkata, Pasukan Peninjau Sayangi Malaysia itu akan ditempatkan di sekitar negeri ini.

Menurutnya, pihaknya turut memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak mencetuskan sebarang provokasi terhadap pemasangan Jalur Gemilang.

“Tindakan tersebut jelas satu provokasi dan pengkhianatan kepada negara yang tidak boleh diterima atas apa-apa jua alasan.

“Lebih-lebih lagi dalam fasa rakyat Malaysia menyambut bulan kemerdekaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya malam tadi.

Beliau menegaskan bahawa, Pemuda Pas Perak nekad akan mengambil tindakan tegas dan drastik mengikut lunas undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berani mencabar maruah negara.

Sebelum ini, media telah melaporkan beberapa insiden melibatkan pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik sejak sambutan bulan kebangsaan bermula.

Semalam, beberapa platform media sosial  tular rakaman berdurasi 21 saat memaparkan seorang lelaki mengibarkan Jalur Gemilang yang dipasang pada sebatang besi dalam keadaan terbalik sebelum seorang lagi bertindak merakam aksi berkenaan.

Difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah  kedai perkakasan di Jalan Bertam Permata, Pulau Pinang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tular dua lelaki dilihat sengaja kibar Jalur Gemilang terbalik

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI