Pemuda UMNO Perak gesa Tony Pua disiasat sentuh 3R

IPOH: Pemuda UMNO Perak menggesa bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, yang mengeluarkan kenyataan berkaitan keputusan Lembaga Pengampunan memberi pengurangan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disiasat dengan kadar segera.

Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Perak, Mohd Adri Adha Mohamad berkata, ini kerana tindakan Pua itu dilihat menyentuh soal agama, bangsa dan raja-raja Melayu (3R) yang seharusnya dielakkan oleh mana-mana pihak.

“Kami Pemuda UMNO Negeri Perak dengan seluruh kepimpinan Pemuda Perak membuat laporan polis terhadap bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua yang membuat satu kenyataan tidak bertanggungjawab di sosial media beliau.

“Selain itu, pada hari ini juga kita minta pihak yang bertanggungjawab mengenakan tindakan terhadap tindakan yang pada saya tidak menghormati 3R kerana isu ini tidak boleh dipertikaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam di sini pada petang Selasa.

Tambah Mohd Adri, laporan polis yang dibuat itu bukan hanya melibatkan Pemuda Umno Perak sahaja tetapi juga beberapa bahagian UMNO di Perak serta seluruh negara.

Sebelum ini, Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mengesahkan Najib akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028, enam tahun lebih awal dari tempoh hukuman sepatutnya.

Selain itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan urusetia lembaga berkenaan, jumlah denda juga dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Keputusan berkenaan dipersetujui dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 yang bersidang pada 29 Januari lalu.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa menjadi Yang di-Pertuan Agong. – MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI