Pendaki Gunung Liang maut: Lapan individu telah dipanggil polis

TANJUNG MALIM – Polis telah memanggil lapan individu bagi merakam percakapan berhubung kematian seorang pendaki, Mustaqqeem Mansor, 34, di Puncak Gunung Liang, di sini, Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, Deputi Superintenden Suhaimi Muhamad berkata, kesemua yang dipanggil merupakan peserta dan rakan kepada Allahyarham Mustaqqeem yang ditemui meninggal dunia akibat hipotermia atau kesejukan melampau.

“Lapan keterangan sudah diambil. Keterangan tiga lagi pendaki akan diambil kemudian.

“Ini kerana mereka terus pulang selepas sampai di bawah disebabkan urusan kerja dan cuti,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Suhaimi berkata, pihak polis juga sudah mengenal pasti penganjur dan akan dipanggil untuk memberi keterangan.

“Setakat ini kita siasat kes di bawah laporan mati mengejut (SDR),” Katanya.

Terdahulu MG Perak melaporkan seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti mendaki gunung dari Bukit Fraser Pahang ke Gunung Liang dekat sini sejak dua hari lalu ditemukan maut petang Khamis.

Allahyarham Mustaqqeem dari Sungai Petani, Kedah, ditemukan tidak sedarkan diri di puncak puncak Gunung Liang Barat kira-kira jam 3.30 petang selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.

Laporan bedah siasat ke atas Allahyarham mendapati beliau meninggal dunia akibat kesejukan melampau atau hipotermia. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI