Pendidikan, pengupayaan sosial jadi fokus Yayasan Perak

IPOH – Yayasan Perak tidak hanya menjalani transformasi secara fizikal, malah telah melalui penjenamaan semula dan pewujudan program-program baru, di samping penstrukturan dalaman organisasi yang lebih dinamik.

Pengurus Besarnya, Dr Nasreen Khanum Nawab Khan berkata, Yayasan Perak juga turut memperkemaskan visi sebagai agensi peneraju dalam pembangunan modal insan unggul melalui pemerkasaan pendidikan serta pengupayaan sosial.

Yayasan Perak perkasa pendidikan pengupayaan sosial Nasreen Khanum negeri perak rakyat program
Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr. Nasreen Khanum Nawab Khan berucap pada Majlis Makan Malam Gala Yayasan Perak 2024 di Hotel Casuarina Meru Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 DISEMBER 2024.

Katanya, melalui pelan strategik Yayasan Perak yang baru, program dan aktiviti-aktiviti telah diberi nafas baru agar lebih segar dan berimpak tinggi.

“Bagi mendokong Pelan Perak Sejahtera 2030, Yayasan Perak telah memformulasikan satu program yang dinamakan ‘Executive Development Program’.

“Ia sebagai salah satu platform untuk meningkatkan kompetensi pegawai-pegawai negeri yang bertanggungjawab merealisasikan pelan tersebut.

“Program yang telah mengenal pasti 10 kompetensi penting itu telah berjaya dilaksanakan sebanyak dua siri penaganjuran pada tahun ini dengan penyertaan seramai 350 orang setiap sesi,” katanya.

Yayasan Perak perkasa pendidikan pengupayaan sosial Nasreen Khanum negeri perak rakyat program pembangunan
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad memotong kek ketika hadir pada Majlis Makan Malam Gala Yayasan Perak 2024 di Hotel Casuarina Meru Ipoh.
Turut hadir, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed dan Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr. Nasreen Khanum Nawab Khan. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 DISEMBER 2024.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala Yayasan Perak 2024 di Hotel Casuarina Meru, dekat sini, pada Isnin.

Majlis dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad

Ia turut dihadiri Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed serta Pegawai Kewangan Negeri Perak, Datuk Mohd Zaki Mahyudin.

Yayasan Perak perkasa pendidikan pengupayaan sosial Nasreen Khanum negeri perak rakyat program pembangunan
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada kakitangan Yayasan Perak pada Majlis Makan Malam Gala Yayasan Perak 2024 di Hotel Casuarina Meru Ipoh.
Turut hadir, Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr. Nasreen Khanum Nawab Khan. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 DISEMBER 2024.

Pada majlis, seramai 10 kakitangan Yayasan Perak menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2023 dan 2024 sementara seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Lama 2024.

Tambah Dr Nasreen Khanum, dalam menuju era globalisasi, aspirasi Yayasan Perak dalam memenuhi agenda inisiatif menoktahkan kemiskinan di negeri ini tetap diteruskan.

“Yayasan Perak akan terus berusaha memastikan bahawa keluarga berpendapatan rendah atau miskin dan kelompok B40 akan dibantu sewajarnya.

“Ini adalah kerana pendidikan merupakan senjata utama yang paling ampuh untuk mengubah nasib diri dan keluarga, seterusnya dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat,” ujarnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Yayasan Perak terima pensijilan MS ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI