Penduduk Ipoh dengar bunyi letupan, rasai gegaran

IPOH – Bunyi letupan dan gegaran kuat dilaporkan berlaku di sekitar bandar raya ini terutamanya di Klebang dan Chemor serta beberapa kawasan berhampiran menimbulkan rasa gusar dalam kalangan penduduk.

Surirumah, Nurhidayah Juhari, 40, berkata, sewaktu kejadian dia sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah sebelum merasai gegaran tersebut.

“Pada masa itu, sekitar jam 10.30 pagi saya berada di rumah bersama anak lelaki. Saya sedang menonton televisyen ketika gegaran itu berlaku.

“Saya rasa atap berbunyi dan bergegar dua kali malah group WhatsApp di taman kami juga kecoh mengenai kejadian tersebut,“ katanya yang menetap di Taman Chepor Damai, di sini pada Rabu.

Tinjauan di media sosial mendapati pengguna mendakwa gegaran terbabit turut dirasai di sekitar Meru, Ulu Kinta, Tanjung Rambutan dan Taman Ipoh (Ipoh Garden).

“Betui. Bunyi kuat & terasa bergegor. Taman Tawas Mewah,” kata seorang pengguna Facebook, Kakyong Habibah Yahya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi memaklumkan bahawa kejadian tersebut masih dalam siasatan.

“Masih siasat,” jawabnya ringkas.

Pada 21 Oktober tahun lalu, satu gegaran kuat dilaporkan berlaku di kawasan sekitar Ipoh sekitar jam 11 pagi dengan disusuli bunyi seakan dentuman kuat.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan berkata, bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di Ipoh itu sehingga kini masih dikategori sebagai misteri. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Misteri bunyi letupan, gegaran masih belum dapat dirungkai

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI