Penduduk kampung tidak keluar menoreh takutkan Yob Padang

GERIK – Gajah jantan liar seberat tiga tan yang ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kampung Padang Stang di sini, menyebabkan penduduk takut keluar menoreh getah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Padang Stang, Md Shamsuri Shaari berkata, gajah liar yang diberi nama Yob Padang itu turut memusnahkan tanaman penduduk di kebun getah.

“Kawasan kami ini sentiasa ada gajah. Cuma ada gajah baik dan jahat. Gajah yang ini bukan sahaja memusnahkan pokok pisang, asam gelugur malah juga merobohkan dangau yang dibina.

“Jadi kebanyakkan penduduk yang menoreh getah takut untuk ke kebun kerana memikirkan keselamatan masing-masing,” katanya ketika ditemui pada operasi pemindahan gajah liar berkenaan di Kampung Padang Stang, di sini, pada Selasa.

Tambahnya, ekoran itu dia mengambil keputusan bersama penduduk lain untuk membuat aduan kepada pihak berwajib bagi menangkap gajah liar berkenaan.

Bagi penduduk kampung Ahmad Hamed, 77, dia terpaksa menanggung kerugian selepas pokok nangka dan getahnya dimusnahkan oleh Yob Padang.

Katanya, dia menyedari kehadiran mamalia berkenaan ketika mahu ke kebun lima hari lalu selepas melihat kesan yang ditinggalkan gajah tersebut.

“Bila saya nampak kesan gajah saya letak motosikal di bawah sebab takut gajah dengar bunyi dan mendaki ke kebun perlahan-lahan bagi melihat di mana ia berada.

“Bila tiba berhampiran kebun saya lihat seekor gajah besar sedang mematah pokok nangka di kebun dan makan pucuknya,” katanya.

Terdahulu seekor gajah liar jantan dianggarkan seberat tiga tan berjaya dijinakkan Abot dan Rambai dalam tempoh 15 minit ketika operasi pemindahan mamalia tersebut di Kampung Padang Stang, di sini, pada Selasa.

Dua gajah denak berkenaan yang dibantu pasukan Perhilitan itu berjaya menenangkan Yob Padang yang dianggar berusia 45 tahun.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, gajah liar berkenaan berjaya ditangkap pada 14 Mei lalu selepas merosakan kebun getah dan tanaman penduduk.

Yusoff berkata, pihaknya percaya bahawa Yob Padang merupakan gajah tunggal yang berkeliaran sehingga memasuki kebun penduduk. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

MGPerak: Abot, Rambai Jinakkan Yob Padang Seberat Tiga Tan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI