Penduduk Liman Kati lega tindakan MPKK tangani isu merpati liar

KUALA KANGSAR – Kehadiran burung merpati di sekitar Liman Kati, di sini, menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan penduduk di kawasan berkenaan.

Justeru, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) mengambil tindakan proaktif dengan melaksanakan operasi menangkap burung merpati bagi menangani masalah itu susulan aduan penduduk di sekitar kawasan tersebut, pada Jumaat.

Penduduk Rancangan Perumahan Awam (RPA) Liman Kati, Azizi Zainon, 61, berkata, kehadiran burung-burung ini bukan satu masalah besar, tetapi ia menimbulkan pencemaran bau kerana najisnya yang boleh dilihat di merata-rata tempat dan berbahaya.

Bagaimanapun, dia berkata, perkara itu tidak boleh dipandang remeh kerana burung tersebut boleh mendatangkan penyakit serius jika populasinya tidak terkawal.

Penduduk Liman Kati lega tindakan MPKK tangani isu merpati liar
Penduduk Rancangan Perumahan Awam (RPA) Liman Kati, Azizi Zainon, 61, menunjukkan burung merpati liar yang mengganggu kawasan kediaman ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di RPA Liman Kati, Kuala Kangsar, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 30 MEI 2025.

“Sebagai penduduk, saya benar-benar terkesan dengan kehadiran burung merpati di sini kerana ia menimbulkan rasa tidak selesa.

“Kereta yang diparkir di kawasan perumahan ini sering dipenuhi najis (burung merpati), dan kami terpaksa mencucinya hampir setiap hari.

“Justeru, saya anggap tindakan pihak majlis menjalankan operasi tangkapan ini satu langkah bijak.

“Ini kerana kehadiran burung-burung ini bukan sahaja mencemarkan persekitaran, malah mengganggu ketenteraman kami,“ katanya ketika ditemui di RPA Liman Kati, pada Jumaat.

Dia mendakwa, masalah timbul selepas dipercayai ada individu yang sebelum ini memelihara burung-burung tersebut melepaskannya.

Penduduk Liman Kati lega tindakan MPKK tangani isu merpati liar
Ketua Kampung Baru Liman Kati, Leong Ah Kow. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 30 MEI 2025.

Sementara itu, Ketua Kampung Baru Liman Kati, Leong Ah Kow berkata, masalah burung merpati liar ini sudah berlarutan lebih setengah tahun terutamanya di Pusat Penjaja Kampung Baru Liman Kati.

“Banyak burung di kawasan kedai makan kerana orang bagi makan, sebab itu ia berkumpul di situ. Bila ada makanan, makin banyak burung datang dan sukar dikawal.

“Saya nampak selepas operasi dijalankan oleh MPKK, jumlah burung agak berkurangan, tapi masih ada. Sekurang-kurangnya langkah itu membantu mengurangkan gangguan,“ jelasnya.

Tambahnya, masalah haiwan lain seperti anjing dan kucing berkeliaran turut ada namun bilangannya jauh lebih sedikit. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

DUN Perak lulus usul wujudkan peraturan kawal haiwan berkeliaran

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI