Pengait sawit mengaku tidak bersalah rogol anak kandung

TELUK INTAN – Seorang pengait sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan merogol anak kandungnya pada November tahun lalu.

Lelaki berusia 57 tahun itu membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah dihadapan Hakim Nurhamizah Shaffiuddin.

Tertuduh didakwa merogol anak perempuan tunggalnya yang berusia 21 tahun ketika kejadian, yang mengikut hukum agama hubungan mangsa dengan tertuduh tidak dibenarkan untuk berkahwin.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kampung Baru Changkat Jong di sini pada jam 12.30 malam sekitar November 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta maksimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pengait sawit mengaku tidak bersalah rogol anak kandung
Seorang pengait sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Teluk Intan di sini hari ini, atas pertuduhan merogol anak kandungnya pada November tahun lalu.
Lelaki berusia 57 tahun itu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah dihadapan Hakim Nurhamizah Shaffiuddin. Foto ABDULLAH YUSOF, 05 FEBRUARI 2025.

Timbalan Pendakwa Raya, Azalea Sharmeen Zaizan menawarkan jaminan RM 15,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tertuduh tidak boleh mendekati mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai serta melaporkan diri ke balai polis terdekat sebulan sekali.

Dalam prosiding sama, tertuduh yang tidak diwakili peguam dan memohon supaya jumlah wang jaminan dikurangkan kerana dia hanya mengambil upah potong sawit dengan pendapatan sebanyak RM300 sebulan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta membenarkan syarat tambahan dipohon pendakwa raya dan menetapkan 7 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri dilaporkan berkata, lelaki itu ditahan di Changkat Jong di sini pada 22 Januari lalu selepas menerima laporan polis daripada mangsa sehari sebelum itu.

Katanya, suspek disyaki terlibat dalam kes gangguan seksual dan serangan seksual terhadap anak kandungnya sendiri sejak mangsa berusia 11 tahun.

Artikel Berkaitan:

Bapa didakwa rogol anak kandung sejak 10 tahun lalu ditahan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI