Pengamal media nadi penyampaian agenda Perak Sejahtera 2030 – Exco

IPOH – Kerajaan Negeri Perak menghargai peranan pengamal media sebagai rakan strategik penting dalam memastikan maklumat mengenai dasar serta inisiatif pembangunan dapat disampaikan secara tepat dan menyeluruh kepada masyarakat.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A Sivanesan berkata, media berperanan sebagai mata dan telinga masyarakat dalam menyalurkan maklumat sahih berkaitan program kerajaan negeri.

“Rakan-rakan media adalah mata dan telinga masyarakat serta rakan strategik yang amat penting kepada kerajaan negeri.

“Peranan mereka dalam menyebarkan maklumat yang sahih mengenai dasar-dasar kerajaan dan program pembangunan manusia serta memastikan tiada rakyat yang ketinggalan daripada menerima manfaat yang disediakan,” katanya.

Pengamal media nadi penyampaian agenda Perak Sejahtera 2030 – Exco
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A. Sivanesan bergambar pada Majlis Berbuka Puasa Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan Ramah Mesra Media di 1969 D’Kelly Hotel, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 10 MARCH 2026.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Sinar Ramadan: Majlis Berbuka Puasa dan Ramah Mesra Media anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) di 1969 D’Kelly Hotel di sini pada Selasa.

Hadir sama, Pengarah PASAK, Aldrin Ng.

Dalam pada itu, Sivanesan berkata, komitmen tinggi pengamal media yang sentiasa bersedia bertugas di lapangan dalam apa jua keadaan amat dihargai, khususnya dalam membantu rakyat memahami agenda pembangunan negeri.

“Saya kagum dengan profesionalisme rakan media yang sentiasa bersedia di lapangan dalam apa jua keadaan bagi memastikan agenda Perak Sejahtera 2030 dapat difahami oleh seluruh rakyat.

Pengamal media nadi penyampaian agenda Perak Sejahtera 2030 – Exco
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A. Sivanesan bergambar pada Majlis Berbuka Puasa Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan Ramah Mesra Media di 1969 D’Kelly Hotel, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 10 MARCH 2026.

“Melalui penyaluran maklumat yang telus dan efisien ini, rakan media secara tidak langsung bertindak sebagai nadi penggerak utama dalam membina masyarakat yang bukan sahaja berilmu, malah peka terhadap setiap inisiatif pembangunan yang dirancang oleh kerajaan negeri,” ujarnya.

Katanya, majlis yang menghimpunkan pelbagai pihak tanpa mengira latar belakang kaum dan agama turut mencerminkan semangat perpaduan yang menjadi kekuatan masyarakat di negara ini.

“Majlis ini diadakan bukan sekadar untuk berbuka puasa, malah menjadi wadah utama dalam memperkukuh hubungan antara kita semua.

“Kehadiran kita yang duduk semeja tanpa mengira latar belakang kaum dan agama membuktikan keunikan rakyat Malaysia. Inilah ‘Sinar Ramadan’ yang sebenar, sinar perpaduan yang menyatukan kita,” katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak salur peruntukan RM100,000 anjur MATTA Connect di Ipoh

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI