Pengamal media teruskan komited dan etika – Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyeru semua pengamal media untuk terus berpegang teguh kepada prinsip kewartawanan beretika selari dengan tanggungjawab membina masyarakat yang celik maklumat dan berintegriti.

Katanya dalam kenyataan hari ini, beliau mengiktiraf jasa dan dedikasi para wartawan dan petugas media yang telah memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat secara bertanggung jawab.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengamal media sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengamal media atas jasa dan dedikasi yang tidak ternilai,”

“Teruskan komitmen dan amalan beretika dalam menyampaikan maklumat sahih, demi membina sebuah negara yang bermaklumat dan berintegriti,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Fahmi sebelum ini berkata majlis prapelancaran sambutan HAWANA 2025 akan diadakan pada 3 Jun depan.

Pada majlis itu juga kata Fahmi, akan diumumkan tema serta logo sambutan kali ini yang bertujuan meraikan pengamal media di Malaysia.

Sejajar dengan Kepengerusian ASEAN 2025 tahun ini katanya, pelbagai media dari rantau Asia Tenggara akan dilibatkan dalam sambutan HAWANA.

Sambutan HAWANA 2025 akan diadakan pada Jun ini dengan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI