Penganggur bunuh isteri direman tujuh hari

BATU GAJAH – Penganggur yang dipercayai membunuh isterinya di dalam sebuah bilik hotel di sini, semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Khamis depan.

Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 36 tahun itu dikeluarkan Majistret, Azlin Zeti Zainal Abidin di Mahkamah Majistret Batu Gajah pagi tadi.

Lelaki terbabit direman bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Semalam media melaporkan, seorang wanita maut selepas dipercayai ditikam suaminya dalam kejadian di sebuah bilik hotel di sini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad berkata, mangsa berusia 32 tahun itu ditemui dengan kesan tikaman pisau.

Menurutnya, suami mangsa yang berusia 36 tahun bertindak menyerah diri ke Balai Polis Batu Gajah dan memaklumkan telah membunuh isterinya di bilik hotel berkenaan sekitar jam 2 petang.

“Motif pembunuhan dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati apabila mangsa masih ingin meneruskan tuntutan fasakh walaupun telah dipujuk,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki serah diri selepas bunuh isteri

Akibat tuntut fasakh, wanita maut ditikam suami

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI