Penganggur didakwa bunuh ibu teman lelaki

TELUK INTAN – Seorang pengganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu kekasihnya dua minggu lalu.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, M Shobna, 37, yang mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman.

Berdasarkan pertuduhan, wanita terbabit didakwa membunuh M Sumathy, 66, di bilik sebuah rumah di Jalan Teratai J4/1, Taman Indah Jaya, di sini pada 15 Julai lalu.

Berikutan itu, dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun dengan minimum 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Darwis Aghniya Halim Azizi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 11 September ini sebagai sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat dan tiada sebarang jaminan ditawarkan ke atas tertuduh.

Terdahulu, seorang wanita warga emas ditemui mati dipercayai dicekik kekasih anak lelakinya akibat perselisihan faham. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Mayat lelaki dipercayai dibunuh ditemukan di bawah tebing

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI