Penganggur didakwa bunuh warga emas

LUMUT – Seorang Penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini, pada Selasa atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas bulan lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Lin Chee Ming, 49, yang hanya mengangguk faham sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa mandarin di hadapan Majistret Fakhrul Razzi Abd. Hamid.

Mengikut pertuduhan bapa kepada seorang anak itu didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian seorang lelaki, Ling Chin Kian, 78.

Dia dituduh melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Kampung Baru, Kampung Koh, Sitiawan dalam daerah Manjung pada jam 3.40 hingga 4.44 pagi, 26 November 2025.

Chee Ming dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan atau penjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nuranisah Ismah Muhammad Husaini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tarikh sebutan semula kes itu ditetapkan pada 10 Februari 2026 sementara menunggu laporan bedah siasat, kimia, patologi dan forensik.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki warga emas ditemukan maut dengan kesan kecederaan di kepala dan muka di ruang tamu rumahnya di Kampung Koh pada 29 November lalu.

Pemeriksaan pasukan polis di lokasi kejadian menemui sebatang cangkul yang dipercayai digunakan suspek sebagai senjata dalam insiden tersebut. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI