Pengeluaran Kopi Perak 235 metrik tan, nilai pasaran cecah hampir RM2 juta

IPOH – Negeri Perak merekodkan sebanyak 235 metrik tan pengeluaran tanaman kopi varieti Liberica di lima daerah setakat ini.

Lima daerah terbabit ialah Hulu Perak; Larut, Matang dan Selama; Kuala Kangsar; Batang Padang; serta Bagan Datuk.

Pengarah Pertanian Negeri Perak, Norsiyenti Othman berkata, bagi tahun ini sahaja negeri itu mencatatkan nilai pasaran hasil tanaman kopi sebanyak RM1.76 juta, melibatkan kawasan aktif penanaman seluas 29.41 hektar.

kopi Perak industri kopi Perak, tanaman kopi Liberica, pengeluaran kopi Malaysia, Norsiyenti Othman, Jabatan Pertanian Negeri Perak, Program Pembangunan Tanaman Kopi, biji kopi hijau, usahawan kopi tempatan
Pengarah Jabatan Pertanian Perak, Norsiyenti Othman ketika sidang media pada Majlis Perasmian Seminar Kopi Tahun 2025 di Hotel Excelsior, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 OKTOBER 2025.

“Sejumlah 29,094 pokok kopi yang ditanam 35 orang petani telah diedarkan dengan sasaran pengeluaran sebanyak 8 metrik tan per hektar setahun.

“Negeri Perak telah dizonkan sebagai penanaman kopi varieti Liberica sejak tahun 2019, dan sepanjang tujuh tahun ini sebanyak RM1.05 juta peruntukan negeri dan Persekutuan telah disalurkan untuk Program Pembangunan Tanaman Kopi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang media selepas merasmikan Seminar Kopi Perak 2025 anjuran Jabatan Pertanian Negeri di Hotel Excelsior, dekat sini, pada Selasa.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pertanian (Pengembangan), Shahril Sabri.

kopi Perak industri kopi Perak, tanaman kopi Liberica, pengeluaran kopi Malaysia, Norsiyenti Othman, Jabatan Pertanian Negeri Perak, Program Pembangunan Tanaman Kopi, biji kopi hijau, usahawan kopi tempatan
Pengarah Jabatan Pertanian Perak, Norsiyenti Othman (tengah) ketika gimik perasmian Seminar Kopi Tahun 2025 di Hotel Excelsior, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 OKTOBER 2025.

Menurut Norsiyenti, program berkenaan akan diteruskan dalam Rancangan Pembangunan Perak ke -13 iaitu bagi tahun 2026 – 2030 dengan sasaran termasuk penambahan kawasan penanaman, meningkat pengeluaran serta melahirkan lebih ramai pembeli biji kopi.

Namun beliau berkata, walaupun industri kopi kini dilihat antara sektor bernilai tinggi dan berpotensi besar, industri kopi di Perak masih berdepan kekosongan dalam rantaian pengeluaran, khususnya di peringkat pemprosesan biji kopi yang dituai.

Suasana sekitar Majlis Perasmian Seminar Kopi Tahun 2025 di Hotel Excelsior, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 OKTOBER 2025.

Kata beliau, Jabatan Pertanian Negeri mendapati hampir tiada pemain industri yang berperanan bagi mengisi jurang di peringkat pertengahan antara penanam dan pengusaha kopi atau ‘brewer’.

“Kita lihat di peringkat ladang dan di peringkat ‘brewer’ ada, tetapi di tengah-tengah rantaian itu tidak ada.

“Yang untuk petik, keringkan, kupas dan hasilkan biji kopi hijau masih tiada pihak yang melakukannya secara komersial. Sedangkan ‘brewer’ memerlukan biji kopi hijau yang telah siap dikering dan dikupas sebelum dipanggang,” jelasnya.

kopi Perak industri kopi Perak, tanaman kopi Liberica, pengeluaran kopi Malaysia, Norsiyenti Othman, Jabatan Pertanian Negeri Perak, Program Pembangunan Tanaman Kopi, biji kopi hijau, usahawan kopi tempatan
Antara produk Kopi Perak yang dipamerkan sempena Majlis Perasmian Seminar Kopi Tahun 2025 di Hotel Excelsior, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 OKTOBER 2025.

Menurut Norsiyenti, kekosongan itu berpunca daripada kekurangan tenaga kerja di peringkat ladang, selain kos buruh yang tinggi dan menyebabkan ramai petani hanya menanam tanpa memetik sendiri hasil tanaman mereka.

Kata beliau, ekoran itu sebahagian besar pengusaha kopi di negeri ini masih mendapatkan biji kopi hijau yang sudah diproses dari luar negara, sekali gus menjejaskan pasaran bagi hasil tanaman tempatan.

Justeru Norsiyenti berkata, Jabatan Pertanian Perak telah mula membangunkan model baharu bagi mengisi jurang itu sejak tahun lalu, termasuk memberi insentif kepada beberapa usahawan yang berperanan sebagai pemproses di peringkat pertengahan rantaian.

“Kini kita sudah ada pihak yang mula membantu dalam usaha ini di bawah insentif jabatan. Akan tetapi kita mahu asuh supaya lebih ramai muncul sebagai ‘service provider’ dan industri kopi ini.

“Apabila ia semakin berkembang, secara tidak langsung akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan di samping mengurangkan kebergantungan biji kopi hijau dari luar Perak,” jelasnya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kopi Perak penuhi permintaan, kehendak pasaran semasa

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI