Penghormatan buat pejuang kanser

IPOH – Persatuan Sahabat Pejuang Kanser Negeri Perak menyifatkan keanggotaan dalam Persidangan Perundingan Wanita Perak sebagai satu penghormatan yang diberikan kerajaan negeri buat pesakit kanser.

Pengerusinya, Roshila Mohd Rozlan berkata, beliau berhasrat untuk menjadikan peluang dan ruang yang diberikan kepada pihaknya itu untuk membawa suara pesakit kanser sehingga ke peringkat kerajaan negeri.

Penghormatan buat pejuang kanser PerakPesakit kanser Perak Hak pejuang kanser Diskriminasi pesakit kanser Persidangan Perundingan Wanita Perak Perjuangan pesakit kanser di tempat kerja Suara pesakit kanser dalam pentadbiran Roshila negeri kerajaan negeri
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Perundingan Wanita Negeri Perak 2025 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 FEBRUARI 2025.

Katanya, pihaknya mahu kerajaan terus cakna selain memberikan perhatian serius terhadap segala isu yang membelenggu golongan itu selama ini.

Jelas beliau, masih wujud situasi di mana pesakit kanser berhadapan situasi sukar atau diskriminasi sama ada berhadapan dengan masyarakat mahupun di tempat kerja.

“Saya mahu membawa suara pesakit kanser terutama anggota Persatuan Sahabat Pejuang Kanser Negeri Perak ke tahap yang lebih tinggi.

“Misalnya dalam isu di mana ada situasi mereka ini masih dipandang serong di tempat kerja apabila pesakit kanser ini kerap mengambil cuti sakit.

“Pada masa sama, rakan sekerja dan majikan tidak memahami situasi yang dihadapi mereka apabila terpaksa bercuti dalam tempoh lama bagi rawatan susulan atau penyakit yang dihadapi,” katanya.

Penghormatan buat pejuang kanser Perak Pesakit kanser Perak Hak pejuang kanser Diskriminasi pesakit kanser Persidangan Perundingan Wanita Perak Perjuangan pesakit kanser di tempat kerja Suara pesakit kanser dalam pentadbiran Roshila negeri kerajaan negeri
Suasana sekitar Persidangan Perundingan Wanita Negeri Perak 2025 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 FEBRUARI 2025.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Malaysia Gazette (MG) Perak pada Perasmian Pembukaan Majlis Persidangan Perundingan Wanita Perak, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Sabtu.

Ia dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad serta dihadiri Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed.

Seramai 63 wanita daripada pelbagai latar belakang di negeri ini dilantik menganggotai senarai perwakilan Persidangan Perundingan Wanita Perak yang julung kalinya bersidang, pada Sabtu.

Ketika perasmian Saarani berkata, persidangan itu merupakan ruang strategik bagi memperkasakan suara wanita dalam pentadbiran negeri.

Ia merupakan inisiatif yang dianjurkan susulan daripada program Wanita Inspirasi Negeri Perak di bawah Sekretariat Pembangunan Wanita Dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak).

Mengulas lanjut Roshila berkata, pemilihan menganggotai sebagai perwakilan persidangan itu selepas melalui pelbagai siri kursus yang berlangsung secara berperingkat sejak setahun lalu.

“Daripada 500 peserta dari seluruh Perak yang menjalani kursus berkenaan, 63 akhirnya terpilih bagi menggotai Persidangan Perundingan Wanita Perak,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

63 anggotai Persidangan Perundingan Wanita Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI