Pengundi DUN Ayer Kuning matang, tak makan hasutan politik

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin UMNO menyifatkan, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning semalam adalah bukti kematangan pengundi dalam membuat pilihan.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kemenangan itu juga menunjukkan pengundi DUN Ayer Kuning tidak termakan dengan hasutan politik berasaskan kaum.

“Tahniah dan syabas kepada pengundi Ayer Kuning. Ia cerminan kematangan rakyat yang menyokong politik kerjasama pelbagai kaum, bukan semata-mata satu kaum sahaja,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Naib Presiden UMNO menambah, sokongan rakyat terhadap politik menjadi asas penting kepada kestabilan dan keharmonian negara Malaysia yang majmuk.

Semalam, calon BN, Dr Mohamad Yusri Bakir berjaya memenangi PRK berkenaan dengan majoriti 5,006 undi.

Dalam saingan tiga penjuru Mohamad Yusri memperolehi 11,065 undi, sementara dua lagi pencabarnya, Abd Muhaimin Malek dari PN dan Bawani KS PSM masing-masing mendapat 6,059 dan 1,106 undi.

Menerusi kemenangan itu, Kerajaan Perpaduan di Perak yang terbentuk hasil kerjasama BN dan Pakatan Harapan (PH) pasca PRU15 lepas terus mengekalkan penguasaan 32 kerusi DUN sementara PN 26. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI