Pengunjung menginap di Perak dikenakan caj RM3 tahun depan

IPOH – Kerajaan Negeri Perak mengumumkan caj perkhidmatan tempatan (CPT) yang akan dikenakan kepada pengunjung yang menginap di Perak bermula 1 Januari 2025.

Kadar yang dikenakan kepada para pengunjung ke tempat penginapan atau permalaman adalah RM3 bagi setiap bilik untuk satu malam.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sandrea Ng Shy Ching berkata, caj sebegini telah pun dilaksanakan di beberapa negeri lain dengan pelbagai nama caj dan tafsiran.

“Pelaksanaan ini merupakan satu inisiatif tambahan yang diharapkan dapat membantu kami memperbaiki mutu perkhidmatan tempatan di tempat pelancongan di negeri ini.

“Tarikh kuatkuasa pelaksanaan bayaran caj ini ditangguhkan ke 1 Januari 2025 bagi menghargai kedatangan pengunjung yang memeriahkan “Tahun Melawat Perak 2024” sehingga hujung tahun ini,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media berkenaan Enakmen Hotel dan Pelaksanaan Peraturan Hotel Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, disini, pada Khamis.

Turut hadir, Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Loh Sze Yee.

Menurut Loh, penubuhan Enakmen Hotel dapat membantu pihak tertentu melibatkan diri secara professional, di samping dapat menjaga imej negeri Perak sebagai negeri pelancongan.

“Dari kacamata pelancongan, halatuju negeri perak sangat penting dan kita memilih hala tuju mengutamakan kesemalamatan.

“Tiada kerajaan dapat menjamin keselamatan 100 peratus tetapi usaha kerajaan negeri Perak seboleh-bolehnya, hala tuju kita kepada mereka yang datang ke negeri untuk aktiviti pelancongan, keselamatan mereka terjaga,”katanya.

Dalam masa yang sama, Sandrea turut umumkan semua pengusaha hotel dan rumah tumpangan perlu mendapatkan lesen daripada Pihak Berkuasa Melesen iaitu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi penyeragaman lesen.

“Mula 1 Julai tahun ini, semua penyedia perkhidmatan penginapan bermalam perlu memohon lesen pada PBT dibawah enakmen ini.

“Kita ada tempoh masa (tempoh pemutihan) selama satu tahun untuk kita beri bimbingan dan membantu, supaya tahun depan semua pihak dapat memenuhi syarat yang ada dan yang paling penting semua pihak ada lesen.

“Pelaksanaan enakmen ini akan membawa kebaikan kepada semua pihak, termasuk kerajaan negeri, kerajaan tempatan, sektor pelancongan, pengusaha dan orang awam yang mengunjung ke Perak,” ujar beliau. – MG Perak.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI