Pengunjung teruja jalan kaki di laut ‘terbelah’ Pulau Pangkor

LUMUT – Fenomena laut seolah-olah terbelah pada awal Februari setiap tahun terus menjadi tarikan pelancong ke Pantai Teluk Nipah di Pulau Pangkor, di sini yang berpeluang berjalan kaki merentasi beting pasir sejauh kira-kira 400 meter menuju ke Pulau Giam.

Fenomena semula jadi itu menyebabkan paras air laut surut sehingga membolehkan pengunjung merasai pengalaman luar biasa berjalan di dasar laut cetek yang dipenuhi pasir dan hidupan laut kecil.

Pelancong antarabangsa dari Switzerland, Alf Zeigler, 64, berkata, dia berasa teruja dan tidak menyangka fenomena tersebut menarik kehadiran begitu ramai pengunjung sehingga suasananya seakan-akan sebuah pesta besar.

Pelancong tempatan dan asing berjalan kaki menuju ke Pulau Giam dari Pantai Teluk Nipah pada jarak 400 meter ekoran berlaku fenomena air laut surut sehingga menimbulkan beting pasir ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Pulau Pangkor, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 FEBRUARI 2026.

“Kami sekeluarga sangat ingin tahu bagaimana keadaannya melihat fenomena seakan-akan laut terbelah dan saya terkejut melihat jumlah pengunjung yang ramai.

“Ia suatu pengalaman yang tidak boleh dilupakan apabila melihat orang ramai daripada pelbagai bangsa dapat berkumpul dan sama-sama merasai fenoma alam semula jadi yang menarik ini,” katanya ketika ditemui di Pantai Teluk Nipah di sini pada Isnin.

pengunjung jalan di laut terbelah Pulau Pangkor pengalaman laut terbelah Pulau Pangkor, Pantai Teluk Nipah Pangkor, jalan kaki ke Pulau Giam, fenomena alam Pulau Pangkor, pelancong teruja Pangkor, cuti perayaan Pulau Pangkor
Pelancong antarabangsa, Alf Zeigler, 64, ketika temubual bersama MG Perak di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 FEBRUARI 2026.

Menurut Alf, pengalaman berjalan merentasi laluan laut dengan menerusi beting pasir itu merupakan kali pertama sepanjang kunjungannya ke Pulau Pangkor selama hampir empat minggu.

“Pada awalnya, permukaan dasar laut agak lembut, kemudian berubah menjadi kawasan berkarang, dan air semakin dalam sedikit demi sedikit.

“Walaupun saya basah separuh badan, tetapi pengalaman seperti ini amat menyeronokkan sepanjang kunjungan kami sekeluarga ke Malaysia,” katanya lagi.

Anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Perak, Ismawi Jasni (kiri) dan Izuan Shah Ramli mengawasi keselamatan pengunjung yang hadir berikutan fenomena air surut di Pantai Teluk Nipah ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Pulau Pangkor, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 FEBRUARI 2026.

Sementara itu, pengunjung tempatan dari Taiping, D. Syiamala, 36, berkata beliau mengambil kesempatan sempena cuti perayaan Thaipusam untuk menyaksikan sendiri fenomena laut terbelah selepas sekian lama hanya mendengarnya.

“Selama lapan tahun saya hanya mendengar dan melihat di media sosial sahaja tentang fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor ini.

“Oleh itu, pada cuti perayaan kali ini saya dan keluarga akhirnya berkesempatan untuk merasai sendiri pengalaman untuk berada di sini,” ujarnya.

pengunjung jalan di laut terbelah Pulau Pangkor pengalaman laut terbelah Pulau Pangkor, Pantai Teluk Nipah Pangkor, jalan kaki ke Pulau Giam, fenomena alam Pulau Pangkor, pelancong teruja Pangkor, cuti perayaan Pulau Pangkor
Pengunjung tempatan, D Syiamala, 36, ketika temubual bersama MG Perak di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 FEBRUARI 2026.

Menceritakan tentang pengalaman berjalan kaki ke Pulau Giam, Syiamala yang juga seorang guru berkata, pada awalnya dia berasa ragu-ragu kerana paras air berhampiran pulau mencecah paras paha.

Ujarnya, namun dengan keberadaan anggota pihak berkuasa yang memantau keselamatan di kawasan tersebut memberi keyakinan kepada dia sekeluarga untuk meneruskan perjalanan.

Timun laut kelihatan di dasar laut cetek susulan fenomena air surut di Pantai Teluk Nipah sekali gus mengingatkan pengunjung supaya tidak memijak atau menyentuh hidupan tersebut ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Pulau Pangkor, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 FEBRUARI 2026.

“Semasa berada di separuh jalan, saya memang terfikir nak berpatah balik, tetapi mereka yakinkan kami boleh sampai. Apabila sampai di pulau, air cuma paras lutut.

“Selain itu, suasana di Pantai Teluk Nipah memang sangat sesak. Rasaya, ramai ambil kesempatan beriadah bersama keluarga selepas perkara ini tular di media sosial,” jelasnya.

Bagi pelancong dari Damansara, Selangor, Dr Mohd Shukor Sahudin, 62, pengalaman menyaksikan fenomena laut terbelah bukan sahaja luar biasa, malah memberi makna tersendiri buat keluarganya.

pengunjung jalan di laut terbelah Pulau Pangkor pengalaman laut terbelah Pulau Pangkor, Pantai Teluk Nipah Pangkor, jalan kaki ke Pulau Giam, fenomena alam Pulau Pangkor, pelancong teruja Pangkor, cuti perayaan Pulau Pangkor
Pengunjung tempatan, Dr Mohd Shukor Sahudin, 62, ketika temubual bersama MG Perak di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 FEBRUARI 2026.

“Secara kebetulan kami empat sekeluarga datang bercuti di Pulau Pangkor, dan penduduk di sini memaklumkan kepada kami tentang fenomena laut terbelah ini.

“Dan saya fikir, jika ada peluang, saya memang suka tengok benda-benda yang jarang berlaku seperti ni,” katanya.

Dia yang juga seorang doktor perubatan memberitahu, kunjungannya ke Pantai Teluk Nipah juga bertujuan untuk mengukir memori indah bersama anak-anak yang turut teruja selepas dapat berjalan di beting pasir di tengah laut.

“Bagi saya ini adalah satu kejadian alam yang luar biasa dan jarang ditemui. Saya pernah pergi ke beberapa pulau lain, tapi fenomena seperti ini sangat unik. Dan ia mengingatkan kita tentang kebesaran dan ciptaan ALLAH,” ujarnya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Fenomena ‘laut terbelah’ Pulau Pangkor gamit 3,000 pengunjung

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI