Peniaga bazar Ramadan jamin makanan disediakan bersih, selamat

IPOH – Peniaga bazar Ramadan telah membuat persediaan dengan mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan kualiti dan menu disediakan bersih serta selamat untuk pengguna.

Peniaga Murtabak Bulat Ipoh, Siti Hajar Yahaya, 51, berkata, pada tahun ini gerainya akan dibuka di Bazar Ramadan Taman Perpaduan.

Peniaga bazar Ramadan jamin makanan disediakan bersih, selamat
Temubual peniaga Murtabak Bulat Ipoh, Siti Hajar Yahaya, 51, di Pasar Tani Stadium Perak. Foto ABDULLAH YUSOF, 1 MAC 2025.

Menurutnya, segala bahan dalam penyediaan murtabak buatannya bagi memastikan makanan yang dijual adalah segar dan dimasak pada hari yang sama.

“Saya sudah lama berniaga sejak 31 tahun terutamanya di pasar malam sekitar Ipoh. Dari segi kualiti,  memang kita jaga. Ini sebab kita sendiri hendak makan sedap dan kita buat pun kita mahu orang yang makan itu sedap.

“Macam saya sendiri pun makan memilih, kalau saya beli makan sedap, yang itu saya akan beli berulang. Sebab itu kalau saya berniaga, saya akan bagi orang makan puas hati dan buat bagi sedap,” katanya ketika ditemui di Pasar Tani Stadium Perak, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, dia berkata, setakat ini tiada penyediaan khusus dilakukan bagi menghadapi bazar Ramadan yang akan bermula esok.

“Saya hari-hari meniaga pasar malam dan untuk bazar Ramadan esok tiada persediaan khusus sebab hari-hari saya memang menyediakan doh murtabak, jadi tiada persiapan rumit, semuanya mudah.

“Kebiasaannya pada sekitar 800 biji murtabak yang akan dijual di bazar Ramadan, kalau lebih memang saya tidak mampu. Kalau ikut permintaan, memang lebih tetapi itu sahaja jumlah yang mampu disediakan untuk sehari.

“Kalau masa panjang 1,000 biji murtabak pun boleh lagipun kita nak jaga kualiti supaya rasanya kekal sama seperti sebelum ini,” ujarnya yang sudah 31 tahun menjalankan perniagaan tersebut.

Tambahnya, harga yang ditawarkan bagi murtabak ayam dan daging masih kekal RM6 sekeping.

Peniaga bazar Ramadan jamin makanan disediakan bersih, selamat
Temubual peniaga Cucur Jawa Lejen, Norul Aini Mohammad, 51, di Pasar Tani Stadium Perak. Foto ABDULLAH YUSOF, 1 MAC 2025.

Sementara itu, peniaga Cucur Jawa Lejen, Norul Aini Mohammad, 51, pula berkata, mungkin harga jualan untuk cucur tersebut akan dinaikkan sedikit memandangkan kos bahan mentah yang semakin meningkat.

“Harga mungkin akan dinaikkan sedikit dalam 10 sen sebab kos pembelian bahan mentah semakin tinggi dan terdapat kesukaran untuk mendapatkan minyak masak.

“Pada tahun ini, saya akan berniaga di Bazar Ramadan Taman Orkid, Batu Gajah,” katanya yang sudah empat tahun mengusahakan perniagaan itu.

Katanya, makanan yang dijualnya akan digoreng di gerai jualan bagi mengekalkan kesegaran untuk pengguna menikmatinya pada waktu berbuka puasa.

Dia juga berkata, kira-kira 600 keping cucur jawa akan dijual setiap hari di bazar tersebut sepanjang bulan Ramadan ini. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pasar awam ‘meriah’, orang ramai buat persediaan sambut Ramadan esok

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI