Peniaga berdepan denda RM1 juta susulan sorok minyak masak peket

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) Perak, merampas 1,248 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi bernilai lebih RM3,000 yang disita dari sebuah premis di Tanjung Rambutan, di sini tengah hari semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, dalam operasi jam 12 tengah hari itu pegawai dan anggota penguat Kuasa KPDN Perak telah membuat uji beli melalui Ops Samar selepas menerima maklumat serta aduan daripada orang awam.

“Semasa uji beli dilakukan, juruwang memaklumkan bahawa minyak masak telah habis dijual dan diminta untuk datang semula pada sebelah petang jika mahukan minyak masak tersebut.

“Tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut, pegawai dan anggota penguat kuasa beruniform kemudiannya telah masuk ke dalam premis dan telah melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas premis terbabit.

“Hasilnya, telah ditemui sejumlah minyak masak peket yang disimpan di dalam stor premis berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, susulan itu satu arahan pengisytiharan stok di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 telah diberikan kepada penyelia premis.

“Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan seseorang selain dari badan korporat boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau tidak melebihi tiga tahun penjara atau kedua-duanya.

“Bagi mana-mana badan korporat yang melakukan suatu kesalahan terhadap akta sama boleh didenda tidak melebihi RM2 juta jika sabit kesalahan,” katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

KPDN Perak sambut baik Bazar Ramadan Rahmah jika diteruskan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI