Peniaga ditipu RM1.28 juta oleh individu dari ‘Bank Negara’

IPOH – Seorang peniaga wanita kerugian lebih RM1.28 juta selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai individu dari Bank Negara Malaysia (BNM).

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata, wanita berusia 45 tahun itu menerima panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali memberitahu akaun bank mangsa telah disekat akibat tunggakan hutang kereta ketika berada di kedainya pada 2 Disember 2024.

Menurutnya, panggilan mangsa seterusnya disambungkan kepada pihak bank dan kemudian dihubungi oleh satu lelaki mengaku dari BNM mengatakan mangsa terlibat dengan penggubahan wang haram.

“Akibat ketakutan, mangsa telah mengikut segala arahan yang diberi dengan membuat tujuh kali pindahan wang secara berperingkat mulai 3 Disember 2024 hingga 10 Februari 2025 ke dalam tiga akaun bank berbeza yang keseluruhannya berjumlah RM1,285,230.

“Mangsa dimaklumkan akan dihubungi semula untuk pemulangan wang tersebut tetapi mangsa tidak menerima sebarang panggilan.

“Susulan itu, mangsa berasa curiga lalu menceritakan perkara tersebut kepada kawannya dan diberitahu mangsa telah ditipu.

Hasil siasatan awal mendapati sumber kerugian ini adalah daripada simpanan peribadi dan hasil perniagaan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Beliau berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pelajar universiti rugi RM115,786 ditipu ‘scammer’ menyamar wakil kedutaan China

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI