Peniaga lesap RM371,000, ditipu pegawai polis ‘Datuk Yoong’

TELUK INTAN – Seorang peniaga warga emas mengalami kerugian RM371,000 menjadi mangsa penipuan dalam talian atau ‘phone scam’ yang menyamar menjadi pegawai polis pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 67 tahun itu pada jam 2.41 petang.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati, mangsa telah menerima panggilan daripada seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang yang bernama ‘Datuk Yoong’ di kediamannya di sini, pada 26 Oktober lalu

“Individu yang bernama Datuk Yoong itu kemudian menyatakan mangsa telah terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

“Mangsa seterusnya telah berurusan dengan pihak tersebut melalui aplikasi whatsapp di tiga nombor telefon berbeza kononnya bagi tujuan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Bakri berkata, mangsa kemudian telah diarahkan oleh suspek untuk memindahkan keseluruhan wang kepunyaannya kepada empat institusi kewangan berbeza antara 27 Oktober sehingga 10 November.

Menurut beliau, kesemua wang berjumlah RM371,000 telah diserahkan kepada suspek kononnya bagi tujuan siasatan pihak polis dan berjanji wang terbabit akan dikembalikan semula selepas siasatan selesai.

“Walaubagaimanapun, mangsa telah mengesyaki dirinya telah ditipu kerana tiada pegawai polis yang datang berjumpa dengannya,” katanya lagi.

Tambah beliau, susulan itu wanita terbabit tampil membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pelajar universiti rugi hampir RM200,000 diperdaya ‘phone scam’

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI